tentang tulisan aku

October 20, 2018


dari dulu. dari mula blog ini dihidupkan. aku sangat takut menelanjangkan kacaubilau sistem otak aku berfungsi pada dunia maya ini. tentang otak aku yang gila, serabut dan sangat pelik.

aku bukan takut aku pelik.
aku takut dipandang pelik.
aku takut di-judge

sebab itu aku selalu berhati-hati dengan tulisan aku sehingga apa yang mahu diucap, dipamerkan pada maya dengan filter yang maha tebal dan ada kadangnya hilang terus ketulusan bila dibaca semula. dunia sekarang semua orang boleh mengeju tanpa menanyangkan wajah. si polos boleh bersumpah seranah dengan bahasa yang syaitan sendiri tak guna — selalu buat aku teragak-agak untuk menelanjangkan fikiran dan rasa aku disini.

tapi mulai hari ini. aku tidak mahu lagi begitu. ini tulisan aku. jiwa aku. dan aku perlu jujur.

kalau Tuhan ciptakan manusia itu sama, apa erti dunia dicipta untuk menjadi tempat ujian manusia? adalah lebih baik adam tidak diwujudkan atau manusia tidak diturunkan ke dunia atau hawa tidak diciptakan untuk adam. jikalau Tuhan mahu manusia itu sama.

hakikatnya Dia yang menciptakan. Dia maha Tahu. berbeza itu membuat manusia supaya lebih mengenal. mengenal uniknya Tuhan dan lemahnya manusia.

kau bayangkan semua manusia sama sepesen macam kau. kau tak rasa kacau bilau hancur punah dunia ini?

aku tak mahu sama. 
seperti kebanyakan gadis millenial dizaman ini.
nokhtah.

yang tidak suka tulisan2 aku. aku minta untuk keluar dari tanah AH ini. dan buat tanah sendiri. terima kasih.

mungkin ada yang rasa blogging sudah tidak releven dimasa kini. tapi tidak pada aku. ini tanah aku, ikut suka aku nak melalak melolong semahu aku. yang baik ambil, yang buruk hodoh tinggalkan. aku izinkan untuk siapa yang merasa ada manfaat dengan tulisan2 aku.

terima kasih Tuhan
moga kau menjadikan aku, aku.
izinkan aku menelanjangkan apa yang aku tutupi dari dulu supaya aku berhenti hidup dalam kehidupan yang tidak hidup.






You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan