tentang pagi yang dingin

October 22, 2018

cerita dua hari yang lepas

aku dikejut ibu untuk bangun subuh. selepas solat aku sambung tidur semula. cuaca dingin macam ni, membungkus dalam comforter adalah pilihan terbaik. sejam kemudian ibu kejut aku sekali lagi. katanya marilah pergi ke taman, sarapan disana.

aku yang masih diantara separuh sedar dan sedar sekadar membuat bunyi tanda setuju. mata masih pejam, sesaat dua kesedaran hilang semula. aku hilang.

satu per empat jam kemudian, ibu masuk ke bilik aku, “bangunlah ibu dah siapkan nasi goreng. jom keluar.” aku buka mata malas2. aku gerakkan tubuh malas2. aku lunjurkan kaki dibirai katil malas2. aku berdiri berjalan ke tandas malas2. entah setebal mana selimut syaitan membungkus badan aku ni. malasnyaaa.

masuk bilik air. dengan mata masih separuh buka. (iya mata separuh buka teman2. mentang2 mata aku sepet) aku mencapai kepala paip. tangan menadah air terus menyapu muka. MAKKKAIIIIHHH. ini air ke, ais ni! sejukkk!

kesannya, mata yang separuh buka terus segar bugar. 

tudung disarung, sweater dibalut, spec dipakai. aku angkat beg yang berisi makanan. keluar rumah. tunggu lift sampai ke tingkat 9 merupakan satu penyeksaan. bilalah orang maintenance ni nak betulkan control system lift bangunan ni. macam siput tahu! aku mengomel dalam hati.

keluar dari appartment ke tempat parking kereta. angin dingin laju menghembus ke muka. badanku mengigil. sejuknya pagi2 ni. dah macam zikir pagi, diulang-ulang perkataan sejuk. masuk dalam kereta, punggung beku. car seat macam ditinggalkan dalam freezer.

hari ahad seperti hari ahad yang lalu. pagi sunyi. takde bunyi kereta mengaum dijalan raya.

taman Okpo yang terletak di atas bukit, tak lah jauh dari rumah. 5 minit dengan kereta. 15 minit dengan basikal. kalau naik basikal, kena tolak basikal naik bukit, semput gila masa percubaan pertama dulu. 3 bulan dulu lah. tapi part yang seronok adalah perjalanan dari taman ke rumah. meluncur lajuuu dari atas bukit. tak perlu kayuh, cuma jaga break. masa musim panas dulu, pergi taman Okpo antara aktiviti yang aku paling perform. ni dah masuk musim dingin, hampeh. ternak lemak semula dirumah. so jangan tanya kenapa aku masih gedempol bila duduk disini. i did nothing wrong, guys! ngehehe.

sampai taman. cari spot dibawah cahaya matahari. bentang tikar. baring. ahh, sedapnya hangat2 macam ni. terima kasih matahari atas kehadiran mu disini. terima kasih menghangatkan tubuh aku. aku sayang kau dowh. muah muah.

ibu buka bekal. bau nasi goreng dan karipap panas. pergh! pergh! pergh! nikmat manakah yang mahu kau dustakan? 

suasana relax. bunyi burung berkicau. cuaca dingin hangat. air mocha, karipap dan nasi goreng panas2. ahhhhhhhhh. alhamdulillah, atas nikmat Tuhan ini.

ada beberapa ketul manusia yang sedang ber-exercise. ajushi dan ajumma kat sini memang rajin ber-exercise, patutlah badan fit. mata aku beralih pada badan aku. kecewa. hampa. bila kau nak fit semula ainiey? nangis dalam hati sambil suap nasi goreng dalam mulut.

aku suka aktiviti macam ni. relax bersama alam. dengar bunyi burung, cengkerik. tengok langit, pokok. rasa angin, cahaya. bau udara, kentut. eh, sapa kentut ni? damn!

lepas makan, aku jalan keliling taman. naik atas puncak bukit. dari puncak boleh nampak satu bandar okpo. belah kanan bandar okpo, belah kiri laut. ada kapal yang berlabuh.

aku duduk. relax. tenggelamkan diri dengan suasana yang sangat tenang.

‘Tuhan... terima kasih’

**************

Love,
AH

beberapa keping gambar buat kenangan dihari tua, atau dihari aku lupa bahawa Tuhan selalu baik padaku. 



































dan sebuah video dan pesanan,
*************************

aku tak biasa ambil gambar diri sendiri, 

aku jarang ambil gambar orang,

sebab aku suka ambil gambar suasana.


kerana setiap satu gambar,

setiap satu rakaman,

aku selitkan

aku simpankan

aku kuburkan

perasaan aku di dalamnya


suata masa nanti

bila aku tengok semula

aku bukan melihat kepingan gambar

atau potongan rakaman

tetapi sebuah perasaan yang pernah aku ada


aku taknak lupa

apa yang aku ada

:)




You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan