sedetik dua

October 21, 2018



daun luruh dibawa angin yang bertiup
kuning perang warna yang disentuh Tuhan
tunduk patuh pada takdir yang termaktup
gugur jatuh menyembah ke tanah perlahan
perlahan..
perlahan..
perlahan..

aku. dan daun.
seperti entiti yang berada dalam rakaman yang sedang di slow-mo

hijab mataku dibuka
roh ku terbang ke angkasa
melihat satu persatu episod manusia
untuk cerita sedetik dua

kalau dunia tiba2 perlahan...

bayi yang lemas dalam kandungan, sempat diselamatkan.

penjawat yang terlewat, sempat tiba pejabat pada peluang terakhir tidak dipecat.

si teruna sempat melamar dara, pada hari dara dinikahkan dengan pilihan keluarga.

manusia yang sedang menghadap maut, sempat melafaz taubatnya pada cubaan zina pertamanya.

kalau dunia tiba2 perlahan

bayi selamat
penjawat tak dipecat
teruna dara diikat
manusia sempat bertaubat

*pause*

hanya kerana sedetik dua,
terlewat tercepat.
seumur hidup,
jadi ralat.

hanya kerana sedetik dua,
status berubah
dari bernyawa, tidak bernyawa
dari berjawat, tidak berjawat
dari harapan, menjadi sengsara
dari nikmat sementara, menjadi azab yang maha dasyat.

rakaman terhenti, aku kembali ke realiti.
sejuk musim luruh mendakap tubuh.

*pause* 

hanya kerana sedetik dua
manusia berubah
kondisi berubah
musim juga berubah

lalu mengapa aku masa disitu?
menunggu.
termanggu.
memaku.


Love,
AH

Geoje-si

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan