not all things are supposed to share

October 15, 2018



Tenjin, Fukuoka, Japan

mungkin certain orang akan ada fikiran yang sama
"it's not easy to be like me"

aku tak pasti. tapi itu atleast yang aku rasa.
susah menjadi diri seorang aku.

kadang aku pun tak faham yang aku nak dalam hidup ni. kadang aku okey, kadang aku akan serabut gila. macam nak menulis entri ni. awal tadi elok rasa bersemangat nak menulis, sudah mula menulis muncul perasaan, "ah, taknak post la" so buat apa tulis panjang-panjang kalau taknak post?

nak post pun buat apa? siapa nak baca? siapa nak perduli?
SIA-SIA!

kadang aku fed-up dengan life social media. but then, aku end-up kembali semula meng-install, menengok, menjengok, scroll segala haramjadah sampai aku jadi exhausted. Pastu, menyesal. Bodoh, kan?

Entah berapa ratus kali aku install dan re-install instagram aku tu. Apa yang aku nak sebenarnya? Perhatian? Perhatian siapa?

entah.

Twitter, aku berjaya stop. Facebook, jarang sangat buka. Kalau hitung mungkin seminggu sekali. Cuma masalah sekarang adalah instagram. Masih addicted. Kadang buka instgram bukan nak up gambar pun, just nak tengok life orang. Tengok berapa like. Tengok berapa view. Pastu ulang lagi. Bodoh, kan?

Memang tujuan social media adalah untuk menggilakan orang dan menjadikan orang bodoh ke?.

Yang post, bodoh.
Yang tengok, bodoh.
Yang like, bodoh.
Yang komen, bodoh.
Yang baca komen, bodoh.
Yang dengki, bodoh.
Yang mendengki, bodoh.

Bergaduh dan berbalah pendapat di social media adalah yang paling bodoh sekali. Aku tak faham. Apa masalah dengan si A dan si B ni, kenal pun tidak. lepas tu bergaduh pada masalah yang masing-masing cipta sebab masing-masing melihat pada masalah dari point of view yang berbeza.

Bertambah bodoh bila aku sibuk baca tentang masalah dan memahamkan masalah yang dihadapi dua manusia yang saling tak kenal. Sampai aku nak je tulis "KAUORANG GADUHKAN DUA HAL YANG BERBEZA" tapi aku just simpan dalam hati.

Konklusi aku, social media ni memang bodoh. Dan tempat orang bodoh, show off kan hidup mereka yang mereka tak hidup dengan kehidupan itu.

Nah, pesan aku. Jadi jangan jadi bodoh.




manusia lebih bijak dari kambing

AH

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan