hidup tak ada cita2 nak jadi apa?

October 20, 2018


dari kecik aku tidak ada cita2 yang solid. cuma seingat aku, aku pernah berangan nak jadi pilot sebab terpengaruh drama cina tv3, truimph in the skies.

then masuk sekolah menengah aku masih tak ada cita dan tak pernah fikir nak jadi apa. tapi yang aku tahu besar nanti aku nak jadi orang berguna.

masuk matrik. aku masih mencari-cari hala tujuan. aku drop subjek bio sebab aku taknak ambil risiko. bukan aku tak suka bio, tapi aku tak suka cara pembelajaran bio diajar di Malaysia. benda aku minat jadi hambar sebab pressure. aku drop bio sebab nak selamatkan cgpa aku nanti. dahlah duduk matrik ni sekejap gila. kalau tak perform, aku nak pergi mana nanti.

tapi bagusnya matrik adalah semua cikgu2 kat situ baik gila. mengajar sampai kau suka subjek yang dia ajar. masa kat matriklah aku baru tahu aku ni taklah bodoh mana. nampak tak? jadi cikgu ni memainkan peranan penting dalam hidup seseorang. walaupun masa matrik aku STILL tak tahu lagi nak jadi apa tapi aku layan je. focus aku cgpa cantik boleh apply mana2 nanti.

throwback kejap. masa zaman tingkatan 5 ke matrik. matluthfi adalah satu icon yang aku look forward. especially bila aku tengok video hari jubah dia. gila weh menitis air mata aku. entah berapa ratus kali aku ulang video tu, dan entah berapa ratus kali juga aku akan terinspirasi dengan perasaan yang sama. aku nak berada kat tempat dia!

so, dalam separuh sedar aku start berangan nak ambil kos arkitek. nak jadi cerita sebelum masuk matrik aku dipanggil interview untuk kos arkitek di uitm shah alam. bagai pucuk dicita ulam mendatang, so aku pergi. jujurnya aku tak perform sebab aku tengok banyak gila orang yang jauh lebih hebat dari aku datang masa hari tu. damn. punah harapan.

pelahan2 aku padam angan2 aku nak jadi arkitek. oh ya, sebab itu blog aku nama asalnya adalah arkitek hati. kalau aku tak boleh jadi arkitek bangunan, cukuplah aku dapat jadi arkitek kepada hati aku sendiri. berangan~

by the way, ingat lagi masa sesi interview. soalan pakcik interview tu “why don’t you become mathematician?” *pause* weh, dalam banyak2 soalan kat dunia ni, soalan itu aku takpernah terfikir dalam otak aku dan aku tak faham kenapa dia tanya dengan soalan tu. muka aku ada muka macam mathematician ke?? ah, sudah! sampai sekarang pun aku takde jawapannya.

kembali kepada cerita asal.

masuk degree. masa dah nak hampir tamat tahun 4, masa tu aku tengah frust buat final project. dan masa itu aku baru boleh buat conclusion, memilih kos kejuruteraan eletrik adalah keputusan yang paling salah dalam hidup aku. aku tak pernah bangga ‘memegang’ title budak engineering. aku tak perform. 

aku kenal diri aku. aku tahu apa benda yang aku layak dan apa benda yang aku tak perlu layak. tapi, movie dah tamat, popcorn dah habis. hidup perlu diteruskan.

aku tak bangga dengan kos aku. aku tak bangga dengan cgpa aku yang tak perform. tapi aku bangga Tuhan mengizinkan mental aku kuat untuk tamatkan juga perjalanan yang telah hampir penghujungnya. meskipun banyak gila pancaroba yang maha dasyat yang tak masuk akal berlaku. tapi Tuhan sampaikan aku ke penghujungnya. baiknya Tuhan pada aku.

aku tak layak. semua ini milik Tuhan.

adik2, meh kakak nak pesan. kehidupan degree ini ada tiga jenis—

satu. kau perform belajar tapi kau hilang nikmat menghayati kehidupan dan transisi kedewasaan. which ini yang akan buat kau kental dan mampu survive dimana kau berada nantinya.

dua. kau menghayati kehidupan dan transisi kedewasaan sehingga kau terlupa tujuan kau datang universiti adalah untuk perform belajar. dapat dean list. jadi terbaik.

tiga. jenis ini adalah yang paling beruntung. kau bukan saja balance kedua-dua diatas ini tapi kau perform kedua-duanya sekali. ini yang paling bagus. maka jadilah yang jenis ketiga ini.

kakak nak pesan lagi. jika kau tak mampu menjadi jenis ketiga. pilihlah mana2 jenis yang lain dan buatlah sebaiknya apa menurut Tuhan. ni kakak pesan. sebab kakak sayang adik2 semua.

sekarang ini. aku masih diri aku yang sama. masih belum yakin cita2 mana yang aku punya. tapi. buat masa ini aku rasa aku mahu jadi guru. bukanlah ketika ini passion aku mengajar. tapi dari dulu aku sangat suka berkongsi dan memberi tanpa mengharap kembali. tidakkah ilmu dan lesson hidup yang aku ada ini, boleh dikongsi pada adik2 dan anak2 suatu hari nanti?

aku teringin melihat masyarakat yang baik. kerana itu aku yakin pendidikan yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik.

Tuhan, izinkan aku jadi pendidik!

Love,
AH




You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan