festival di Okpo, Korea

October 21, 2018

jam dah pukul 4 pagi. aku masih belum lelapkan mata. body clock aku dah terganggu sejak sibuk menyiapkan preparation untuk presentation kat conference nanti. okey malas nak cerita pasal conference tu. buat hati tak tenang je.

nak citer tadi aku pergi festival aku-tak-tahu-nama. kat pejabat besar DSME. taklah jauh dari rumah aku. dah lama tak keluar malam, tengah sejuk macam ni malas nak keluar. tapi sebab dah beberapa hari tak keluar rumah, so decide untuk pergi juga ke festival tu. lagipun sepanjang duduk sini belum lagi merasa suasana event2 besar.

sejuk tak sejuk. gagahkan jelah.

sampai kat tempat tu. lampu meriah sana sini. lampu macam2bentuk. ada food truck. ada konsert. ada makan2. ada ramai budak2 kecik comel gila pakai baju sejuk yang sizenya lebih besar dari badan. nampak macam penguin berjalan. aih. comelnya. seronoknya ada anak. hmm, entah bila Tuhan akan izinkan aku ada anak sendiri. (kahwin pun tak lagi dah berangan nak anak. anak kucing boleh lah)

nanti kalau ada anak, aku akan lepaskan anak aku bermain-puas. pergi lari sana, nak. panjat gelongsor tu. pastu aku agah2 dia. ikat tocang rambut dia (kalau dia perempuan). aku akan pastikan life kanak2 dia menyeronokkan. terbanyang budak kecik yang lari2 kat taman tu seperti anak2 aku suatu hari nanti.

moga Tuhan izinkan.

okey stop. menitis air mata aku pula kejap lagi. haih.

*tiba2 dengar bunyi perut berbunyi*

aip, jangan tendang perut mami. erk. hahaha.

jalan2 sambil layan angin malam yang sejuk. aku siap bawak air mocha yang dibancuh dengan kasih sayang. sambil jalan sambil minum. nak harapkan dapat beli air milo ais kat festival sini, jangan haraplah. takkan jumpa minuman lain selain Soju dan beer Zass. halaaah.

hujung minggu. tak mabuk2 tak sah. lantak kau lah. nah sedikit kepilan gambar dan video buat kenangan. bila2 aku rindu aku nak baca balik entri ni semula.

selamat malam bumi korea!

Love,
AH





You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan