Travel lists

Singapore
Brunei
Seoul & Busan,Korea
Aceh, Indonesia
Korea(Jeju & Nami Island)
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan
China
Turki
European Countries
New Zealand
Australia

Aku seorang introvert


Hari ini aku nak share pasal personaliti manusia. Lama dah aku rasa nak tulis pasal ni, tapi aku tidak menulis sebab aku rasa semua orang sudah tahu pasal ni. Anggapan aku salah. Masih ramai yang tidak terdedah dengan pengetahuan psikologi tentang personaliti ini. Aku rasa benda ini antara perkara penting untuk semua orang tahu sebabnya setiap hari kita semua akan bergaul dengan manusia. Kalau kita tidak tahu wujudnya bergitu banyak jenis personaliti yang ada di dunia ini, kita akan jadi manusia yang mudah men-judge (menghakimi) orang lain.

Maka jadilah kita seperti makcik bawang yang suka membawang perihal orang lain tanpa mengetahui diri sebenar orang yang dia bawangkan. Harap orang yang baca ni bukan dalam kategori itu.

Aku menceritakan diri aku sebagai bahan uji kaji. Iyalah aku bukan makcik bawang yang akan menceritakan hal orang lain. So, boleh kita mulakan?

Image result for introvert ambivert extrovert 

Topik hari ini aku perkenalkan tiga personaliti yang paling basic(umum) yang semua orang perlu tahu. Introvert, Ambivert dan Extrovert. Dalam dunia ini terdapat 3 kategori yang boleh kita klasifikasikan personaliti manusia.

Ayat simple dan mudah faham macam mana nak menerangkan 3 jenis personaliti ini adalah 

EXTROVERT adalah personaliti yang lebih cenderung kepada ciri-ciri outstanding, kehadapan, menyerlah, suka bersosial, senang berkawan, senang diajak berbual dengan pelbagai topik, mempunyai kelompok yang besar dan orang selalu "nampak" kehadiran dia dimana-mana.

INTROVERT pula berlawanan dengan extrovert, personaliti introvert lebih cenderung untuk berada dibalik tabir, kurang suka bersosial terutama dalam kelompok yang besar, memilih kelompok yang kecil untuk berkawan, tidak suka membahaskan topik yang sepele (bawang2) tetapi more to deep conversation (topik2 penting ie perancangan masa depan, perasaan, padangan tentang isu penting) dan dia tidak suka orang "nampak" kehadiran dia walaupun dia ada depan mata orang lain.

AMBIVERT pula adalah keseimbangan antara dua personaliti tadi. Dalam dunia ini golongan EXTROVERT dan AMBIVERT kelihatan lebih ramai berbanding INTROVERT kerana golongan ini memang secara semula jadinya mereka menyerlah sehinggakah keserlahan mereka telah menutupi kehadiran orang-orang yang berpesonalitikan INTROVERT.

Pada awal aku mengenali tentang kategori personaliti ini aku merasa aku mempunyai personaliti AMBIVERT. Aku rasa aku balance, aku boleh masuk dengan bermacam orang. Aku boleh menyerlahkan diri dan boleh juga bersendirian. Tetapi semakin aku dewasa, semakin aku mengenali diri aku, aku perlu mengakui personaliti aku yang sebenar adalah introvert. 

To be true, aku sebenarnya pernah berada dalam fasa in denial (penafian). Aku rasa being introvert sangat tidak dipandang, tidak berharga dan tidak diperdulikan. Aku rasa hidup dalam personaliti introvert sangat bermasalah dan sukar difahami oleh orang lain. Kerana masyarakat kita yang kurang ilmu pengetahuan selalu menyifatkan orang yang mempunyai personaliti introvert adalah sama dengan orang yang selalu kemurungan, mempunyai masalah emosi tidak stabil dan sombong. 

Aku jadi takut dengan stigma dan mentaliti yang macam itu sehingga aku terpaksa deny (menafikan) yang aku mempunyai personaliti introvert. Tetapi..... sampai bila aku aku perlu deny dan tidak menerima diri aku yang sebenarnya.

Aku fikir, kalau aku sendiri tidak menerima diri aku, why should I expect other people to accept me, right? 

Aku menulis topik ini dengan harapan aku membuka pintu untuk orang diluar sana untuk memahami dunia orang-orang INTROVERT yang wujud dimuka bumi ini. Aku tidak meminta untuk difahami tetapi paling tidak, mengharapkan kalian mengerti bahawa orang yang berlainan personaliti dengan kalian itu benar-benar wujud. Introvert ini bukan alien, bukan sejenis penyakit, bukan juga masalah mental tetapi introvert ini adalah salah satu personaliti yang unik yang tuhan cipta untuk hidup didunia ini. Maka terimalah kami seadanya tanpa mengharapkan kami mencapai satu standard yang sama dengan kalian.

Dunia ini didominasi orang yang EXTROVERT kerana memang sifat extrovert adalah menyerlah. Orang-orang extrovert sentiasa duduk dibarisan hadapan. Dialah yang selalu dilihat sebagai orang yang mengubah dunia, mengubah organisasi, mengubah masyarakat. Suaranya didengari, bicaranya lantang, peribadinya yang kukuh.

Itu yang dilihat oleh orang.

Yang tidak dilihat adalah disebalik extrovert, berdiri INTROVERT yang bertungkus lumus mengatur tersusunnya barisan orang-orang extrovert, yang memikir dan membuat perancangan bagaimana mengubah dunia. Yang mengatur text ucapan agar suara orang-orang extrovert didengari, yang sentiasa berdiri teguh dibelakang peribadi yang kukuh.

Tetapi, INTROVERT ini tidak terlihat maka kehadiranyan tidak diketahui umum. Tidak dihargai dan tidak diperdulikan.

Namun, lately aku sudah temui orang-orang introvert yang maju kehadapan. Menjadi pimpinan by their own style. Introvert yang memiliki empayar business, yang mengunakan internet sebagai medannya berhubung. Tidak banyak tetapi sangat berkualiti. Dan aku bangga!

Aku suka menulis kerana aku merasa ini adalah medium aku untuk berhubung dengan dunia luar. Berada didunia introvert, bersendirian adalah satu ketenangan bagi aku. Aku boleh survive tanpa bercakap face-to-face dengan orang. Kalau orang tanya apakah aku tidak sunyi hidup seorang2. Bagi aku, alone but not lonely. Aku boleh bersosial tapi lebih memilih untuk berada dalam kelompok yang kecil. Aku tak sukakan suasana yang crowded (ramai orang, music bingit, keadaan yang kacau bilau, kenduri, festival etc), aku akan cepat lelah. Aku tak suka bawang-membawang pasal orang lain, aku akan jadi serabut. Aku tak suka interaksi dengan manusia terlalu lama, aku akan jadi penat kemudiannya.

Tetapi, ada orang tak faham. Orang beranggapan bila aku mencari ruang untuk bersendirian, aku sombong, aku emosi tak stabil, aku malas nak layan orang, aku angin kus-kus, aku itu aku ini. 

huh...

Lalu orang jadi kecil hati dengan aku. Huh......


marilah mengenali personaliti introvert supaya kalian tahu macam mana nak deal dengan orang seperti kami. Video diatas ni basic knowledge pasal introvert people. Aku permudahkan dalam bahasa aku. Semoga sedikit sebanyak kalian mengerti personaliti kami.

1) suka memerhati dan banyak berfikir

2) kurang suka bersosial (dalam kelompok yang besar)

3) kurang suka/tidak bercakap tentang hal yang basi-basi

4) mudah simpati dan empati dengan manusia

5) berfikir sebelum bertindak

6) tidak suka mengambil risiko

7) bercakap berdasarkan fakta dan bukti konkrit tetapi mempunyai fikiran yang abstrak

8) kurang gembira sebab introvert ada cara yang berbeza untuk merasa gembira

9) mempunyai imigansi yang tinggi

10) kurang menyukai suasana yang crowd (ramai) tetapi menyukai suasana yang damai, tidak ramai orang dan relax.

and all facts up there make introvert totally lives in different world than extrovert. Walaupun kami berbeza tapi kami melengkapi kekurangan yang ada pad extrovert.

banyak lagi untuk aku bahas disini, tetapi untuk saat ni cukuplah sampai sini sahaja. Penat menulis panjang-panjang ni. fuh. Semoga ketemu dientri selanjutnya.

Love,
Introvert AH

1 comments:

Masmira Masri said...

mcm suami i introvert ... and i mmg jenis extrovert..
so ramai kwn2 dia mcm pelik mcm mana dia boleh end up dgn i...sbb i jenis bright dia plak gloomy je.. hahaha

My Instagram