Cara untuk move on dari kekecewaan

September 28, 2018

Sebenarnya aku blur dan blank nak cerita apa kat sini. Padahal dalam otak aku ni banyak gila benda nak cakap. Aku rasa skill menulis aku semakin merosot dan perasaan aku dalam penulisan semakin kurang hangat seperti dahulu. Entahlah mati rasa agaknya. Huh.

Aku janji aku akan cuba untuk kembalikan perasaan aku semula. Sikit-sikit. Aku cuba ya..

Aku rasa entri ni aku nak share kisah pembawaan diri ke sini, Korea Selatan. Aku ingat cerita-cerita bawa diri ke perantauan selepas kecewa hanya cerita di dalam novel dan drama sahaja. Hakikatnya, itulah realiti yang berlaku pada aku.

Mungkin aku tak perlu specific ceritakan kenapa dan apa yang menyebabkan aku kecewa. Mungkin bukan dientri kali ini. Tetapi aku nak share apa yang aku sudah buat untuk move on dari kekecewaan yang lalu. Aku tak jamin benda ini berhasil pada orang lain, ini sekadar perkongsian dari rakyat marhaen seperti aku. Dan sebagai catatan untuk dibaca semula pada masa hadapan.

Kadang jadi, kadang tidak. Itu yang aku boleh cakap. Aku pun masih struggle untuk move on dan totally lupakan kekecewaan yang lalu. Huh.

Maju ke point pertama.

1)Refleksi

Benda pertama yang aku buat adalah refleksi. Aku bukanlah jenis orang yang akan menunding jari pada orang lain dan shift all the blames on other person. Aku jenis yang akan fikirkan salah aku. Especially salah aku pada Tuhan dan salah aku pada diri aku.

Manusia ni penuh dengan kecelaan dan aku..kau..dia.. tak akan lari dari buat silap. Please accept that fact first. Buat salah tak pernah salah, yang salah adalah bila tidak mahu belajar dari kesalahan. Aku fikir aku tak boleh ubah kekurangan dan cela orang lain, aku hanya boleh ubah kekurangan dan cela aku. Oleh itu, dalam fasa refleksi ni, aku buat goal dan set few target.

Jangan biarkan hidup tanpa goal dan guidance. Untuk aku, Allah adalah goal yang paling layak diambisi. Aku nak baiki solat aku, aku nak tambah ilmu agama part ini part itu. Letak banyak-banyak target dan work to it. Bila dah boleh buat step pertama, aku teruskan ke point ke-2.

2)Menjauhkan diri dari semua yang ada kaitan dengan kekecewaan lalu

Ini antara struggle yang paling paling susah nak buat. It takes time. A lot of time. Aku quote ayat dari filem Istanbul Aku Datang, “Bila dua jiwa sudah sebati, tidak semudah itu untuk dileraikan”. Somehow, I agree sebab bila ada benda yang sudah menjadi kebiasaan,  telah menjadi sebahagian dari hidup, bila ia hilang kau akan rasa kosong. Then muncullah ayat, “kan bagus kalau itu..., kan bagus kalau ini....”. Yadada yadada.

Cuba dan berusaha bersungguh-sungguh untuk jauhkan dan buang semua yang telah menjadi sel dalam tubuh. Itu adalah sel rosak yang boleh mengkibatkan kanser. Jangan disimpan. Sakit macam mana pun, kena buang. Atau ia akan jadi lagi parah.

Jangan stalk. Jangan cari. Jangan ambil tahu. Jauhkan dari apa-apa yang mendorong ke arah yang mendekati kepada kekecewaan yang lalu.

Kecewa ni adalah luka yang ada dalam hati. Bagi ia masa untuk sembuh sampai hilang parutnya. Jangan dikutil luka tu dan jangan gatal nak garu/usik parut tu. Silap sentuh, ia akan nanah dan berdarah kembali.

3) Doa doa doa

Banyakkan doa. Sebut setiap satu dosa dan kesalahan lalu. Mengadu pada Allah apa yang telah melukakan kau. Curahat (curahan hati) dengan Allah. Allah ni tahu je kelukaan pada setiap hambaNya. Tapi Dia nak dengar sendiri dari mulut hambaNya. 

Nak nangis, nangislah kat atas sejadah. Selain lega,  pahala juga dapat.

Zikir yang aku selalu ulang bila aku terluka 

لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله”
“La Hawla Wala Quwwata Illla Billah”

Tiada daya dan upaya kecuali dengan daya dan upaya Allah

Percayalah setiap luka adalah peluang untuk dihapuskan dosa. Maka ambillah peluang itu. Allah sayang kat kita sebab itu dia izinkan kita terluka sebab Dia nak selamatkan kita dari kelukaan yang lebih menyakitkan. Dan Dia nak selamatkan kita dari berada dalam dosa terlalu lama. Dan Dia rindu nak me-time dengan kita.

Wipe your tears and chin up!

Love,
AH

Geoje-si, South Korea




You Might Also Like

1 comments

  1. Good day! I could have sworn I've been to this website before
    but after reading through some of the post I realized it's new to me.

    Nonetheless, I'm definitely glad I found it and I'll be bookmarking and checking
    back often!

    ReplyDelete

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan