Travel lists

Singapore
Brunei
Seoul & Busan,Korea
Aceh, Indonesia
Korea(Jeju & Nami Island)
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan
China
Turki
European Countries
New Zealand
Australia

Pantai-pantai di Korea (Geoje-si dan Busan)

Hi!


peralihan musim disini terasa begitu pantas berlaku. Aku datang ke sini ketika musim panas baru saja bermula dan sekarang aku berada dipermulaan musim dingin. 12/10/2018 ini, genap tiga bulan aku di bumi Korea Selatan. Banyak dah benda berlaku, tetapi aku kurang update disini kerana aku banyak focus di Instagram. Tetapi sekarang aku cuba untuk mula semula disini. InsyaAllah.

Disini platform aku. Disini cerita aku. Dan disini lah aku mula mengenal dunia IT. Back to basic, shall we?

Kadang bukan taknak atau tak sudi update apa-apa disini, tetapi atas beberapa faktor yang kurang friendly menyebabkan mood aku selalu spoil untuk update new post diblog terchinta ini. Aku seorang yang mobile-based, kalau boleh aku nak update video, boomerang, text dihujung jari. Tetapi, blogspot tiada kemudahan untuk aku buat semua tu. So, sebab itu aku prefer Instagram where everything is on my fingertip. Sedangkan untuk blog aku terpaksa hidupkan laptop and transfer gambar/boomerang/video from my phone yadada yadada. Senang cerita a little bit lecehhhh.

HUHHHHH

okey enough with omelan yang tiada penyudah.


temperature sekarang dalam range 23-19 Celsius for this week and it will drop up to 2-3 Celsius for next week. Alhamdulillah. aku belajar untuk tidak merungut. Masa musim panas haritu, mulut aku dok omel 'panasnya...panasnya..' Ni dah sejuk, tolonglah bersyukur sikit Ainiey!

tapi tak dapat nak tipu, aku rindukan musim panas. Bukan sebab cuacanya. Tetapi aktiviti pergi ke pantai setiap minggu. Pantai kat sini masa musim panas sangat glowing dan memanggil-manggil weh!! Seriously setiap minggu aku akan keluar, just for hunting new beaches. Sekarang pantai dah tidak secantik dulu. Tidak glowing. Hahaha.

But, I still love beach, ohkeyy


Post ni aku aku cerita pasal pantai-pantai yang ada di Geoje-si. So, sesiapa yang nak datang Pulau Geoje pada musim panas, please please come to here;

1) Wahyeon Beach


this is my the most favourite beach. kalau mai jangan lupa bawa makanan picnic. mana-mana pantai disini tidak ada jualan makanan goreng-gorengan apatah lagi yang halal. Sila bawa bekalan dari rumah. Bawa nasi lemak, itu dah kira heaven wehhh! hahaha


antara games yang ada disini. harga? lebih kurang dengan malaysia. or mungkin mahal sikit atas faktor perubahan currency.


2) Gujora Beach

kalau kat pantai ni, ada hari ombak dia jenis bergulung. Best untuk mereka yang nak berjinak-jinak dengan surfing. aku cakap je tapi aku tak try pon. hahaha. Tapi gambar yang aku tunjuk dibawah ni sudah dah masuk musim dingin. So, macam inilah pantai-pantai disini kelihatan dimusim dingin. Sangat dull. TAPI! Lebih tenang sebab tak ramai orang.


3)Haeundae Beach

kalau pantai Haeundae pula terletak di Busan. Aku sengaja include kat sini sebagai kenangan. Haeundae adalah pantai terbesar dan paling famous di Busan. Kalau ambil subway cari line 2 station no 203. Keluar dari station jalan dalam 500m ke depan terus nampak pantai yang seluas mata memandang.


4) Daekpo beach

pantai ni berdekatan dengan tempat tinggal aku. Dari okpo naik bus no 32/33. Pantai ni landai je. Untuk budak-budak kecik sesuai mai sini.



okey, untuk sekarang ni aku update ni dulu. nanti kalau aku rajin, aku update yang lain pula. Semoga aku rajin. Doakan aku rajin. Bye!

Love,
AH

0 comments:

My Instagram