Travel lists

Singapore
Brunei
Seoul & Busan,Korea
Aceh, Indonesia
Korea(Jeju & Nami Island)
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan
China
Turki
European Countries
New Zealand
Australia

Kehidupan di Bumi Korea

This wednesday genaplah 2 bulan aku bernafas di bumi Korea Selatan ini. Lama benar aku tidak menulis disini. Mungkin atas faktor membawa diri. Hmm. Entahlah. Aku hilang dalam kehilangan. Tapi.. insyaAllah aku cuba balik untuk kumpulkan semula perca-perca yang telah tercarik robek dan dijahit semua dengan kekuatan-kekuatan baru.

Buat yang mengikuti aku dari dulu, kalian pasti sudah tahu Korea Selatan begitu sinonim dengan aku. Aku malas mahu cerita semula; i.e. apa aku buat disini. Nanti akan aku sediakan link-link yang berkaitan dihujung post ini bagi mereka yang mahu tahu. Aku datang Korea masa tengah Peak Summer, sekarang ni nak masuk beginning of Autumn. Suhu dari 38 dah drop ke 20 something. 

Sedikit update. Kehidupan degree sudah berakhir dan insyaAllah bulan 11 ni aku akan convo. Perancangan buat masa sekarang ni, aku belum ada jawapan yang solid. Masih mencari-cari. Apa mungkin kerja, apa mungkin sambung belajar. Aku harap Tuhan bukakan jalan yang lebih mendekatkan aku pada Dia. Amin.

Aku masih menulis. Meskipun bukan disini. Aku active di Instagram aku (@sheisainieyshah). Cuma berbezanya disini, aku tidak pernah tahu siapa audience aku dan aku rasa lebih aman menulis disini. Kerana aku rasa aku menjadi diri aku. Blogging ni tak pernah buat aku mengejar kepopulariti sebab iyalah aku nak compete dengan siapa. Ni memang tempat aku. Dan aku tak perlu tahu tentang orang lain.

Berbeza di Instagram. Setiapkali masuk ke laman itu, mesti akan terpampang kehidupan orang lain. Mesti akan datang perasaan sibuk menyibuk kehidupan orang lain. Sehinggakan tanpa sedar kita meletakkan diri kita dalam competition yang kita cipta sendiri. Kita bertanding dalam pertandingan yang tidak wujud sehingga kita lelah. Tapi, semuanya sia-sia. Penghujungnya tiada siapa pemenang sebab tiada pertandingan terwujud.

Huh.

So back to basic. Aku mencari kehidupan yang sederhana. Yang aku boleh bercerita tanpa tahu siapa pembacanya. Boleh, kan?

Okey. Berhenti topik ini.

Pagi tadi aku berwhatsapp-ing dengan ibu. 



Isu: routine seorang wanita

Entah. Kadang aku takut nak hadapi kehidupan yang mendatang. Aku takut aku cepat bosan. Aku takut aku give up dengan routine dan kehidupan yang berulang-ulang. Buat benda sama, aktiviti sama, setiap hari. Sepanjang hidup.

Hmm. Entahlah. Aku tanya macam mana ibu hadap semua ni. Kata ibu, key-nya adalah ikhlas. Kalau kita ikhlas semuanya jadi mudah dan menyeronokkan.

Kelu. Betullah. Ikhlas ni bukan satu sifat yang kita boleh dapat macam hadiah dalam kotak. It must be gained and polished. After few minutes long aku mencernaka chatting pagi tadi. Aku kena cari ikhlas dalam hidup. Aku kena tanamkan ikhlas dalam hidup.

IKHLAS
AH






0 comments:

My Instagram