Travel lists

Singapore
Brunei
Seoul & Busan,Korea
Aceh, Indonesia
Korea(Jeju & Nami Island)
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan
China
Turki
European Countries
New Zealand
Australia

Ramadhan Diary | Sentimental person

Ramadhan tahun 2015 adalah ramadhan yang aku rasa paling istimewa buat aku. Kerana itu adalah ramadhan pertama aku setelah mengenali tarbiyah. Ramadhan pertama semenjak aku decide untuk memeluk Islam kerana pilihan, bukan lagi Islam kerana keturunan. Ramadhan yang sangat indah dan bermakna dalam hidupku. Dapat berpuasa bersama akhwat dan enviroment yang lain dari lain. Ditambah pula masa itu ada program PETAK (pekan tarbiyah kabilah) yang dibuat di Masjid Sunway. MasyaAllah, rindu sangat.

Masa itu jugalah pertama kali merasai masjid hopping. Dapat makan ramai-ramai dalam talam bersama dengan makcik2 dan akhwat2 dan selama seminggu di PETAK aku memang benar-benar terasa terisi. Sungguh, aku merindui suasana dan memori itu.

Itulah ramadhan pertama yang aku merasai makna ramadhan yang sebenar. Dan jujur dihati ini, aku mahu merasainya lagi. I mean merasai perasaan yang pertama kali itu lagi.

I am a bit sentimental person. Benda-benda or perkara-perkara yang first time experience ni usually akan beri impact yang mendalam pada aku. Contoh macam ; First love. First date. First meeting. Selalu aku akan ingat, lagi-lagi kalau ia dekat dihati.

Tahun ini, even I do plan for my ramadhan journey but I still feel something is missing. I don’t know what is it but I hope I will find it throughout this ramadhan journey. Aminn..

I want to share one famous ayah in Quran it is a must when Ramadhan is coming our ustaz or ustazah or alim ulama will recite and share about this ayah.

“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” (Q2:183)

Dalil berpuasa hanya ada satu sahaja didalam Quran which is ayat diatas. So, kalau orang tanya kenapa kamu berpuasa maka bolehlah baca ayat diatas ni. Hafallah arabnya sekali.

Dari ayat atas ni, awal-awal lagi Allah mention “wahai orang yang beriman..” kalau kau bukan orang yang beriman maka tak perlu baca ayat seterusnya. 

Dalam ayat ni, Allah panggil very specific golongan. Allah tak panggil “wahai manusia..” atau “wahai makhluk..” tapi Allah panggil “wahai orang beriman” means untuk setiap orang yang ada keimanan kepada Allah dalam hatinya hatta sekecil zarah maka ayat ini applicable untuk dia.

Allah panggil orang beriman untuk melaksanakan satu perintah which is berpuasa. Dalam ayat yang sama Allah habaq lagi, puasa ni bukan kita je yang pernah buat, orang-orang terdahulu dari kita juga sudah buat. Cuma syariatnya berbeza-beza. Dulu ada puasa yang takboleh bercakap. Ada puasanya selang sehari dan macam-macam lagi. Maksudnya, orang dahulu yang syariatnya lagi susah pun boleh dan mampu untuk berpuasa maka kita ini yang syariatnya sudah banyak dipermudahkan oleh Allah, takkanlah tidak mampu untuk berpuasa. Kan?

Allah akhirkan ayat ini dengan “supaya kamu bertaqwa”. Puasa ni tujuannya satu je untuk menyemai rasa taqwa itu dalam diri kita. Okey, taqwa itu apa sebenarnya? 🤔

Banyak definasi. Tapi, untuk mudah difahami taqwa adalah gabungan rasa TAKUT dan HARAP. Jadi puasa ni nak menyemai rasa takut dan harap hanya pada Allah. Takut dalam nak berbuat dosa, harap untuk diampunkan segala dosa. Taqwa ini adalah satu sifat kehambaan yang sangat balance tapi aku sampai sekarang masih tak achieve lagi ke level ini 😭

Ramadhan adalah bulan pembersihan seorang hamba dari dosa-dosanya. Taqwa ini adalah catalyst yang membantu proses pembersihan dosa ini.

Maka, perbanyakkan dan perkemaskanlah ibadah kita sehingga Allah memberi rasa taqwa itu kedalam hati kita. Aku yakin, after all, Allah nak tengok kesungguhan kita samada benar-benar mahukan Allah atau kita sekadar berpura-pura. Syaitan sudah dibelengu and now this battle between you and youself.

Semoga Allah membuka pintu hati kita untuk menerima hidayah dan petunjukNya. Ini bulan terbaik untuk berdoa dan meminta, maka mintalah yang baik-baik. Kalau rasa nak jadi baik, maka mintalah Allah untuk baikkan kita.

Rahmat Allah terbentang luas dibulan ini. Ayuh jangan persiakannya
“Allahumma innaka affu’un tuhibbul ‘afuan fa’fuanni”
Ya Allah, sesungguhnya kau mencintai keampunan. Maka, ampunilah dosa aku.



Love,
AH

0 comments:

My Instagram