Travel lists

Singapore
Brunei
Seoul & Busan,Korea
Aceh, Indonesia
Korea(Jeju & Nami Island)
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan
China
Turki
European Countries
New Zealand
Australia

Ramadhan Diary | Mahu ke syurga

Buat manusia, hidup ini hanya tentang satu misi, hanya satu. Setiap diantara aku dan kamu, misi kita hanya satu, yakni mencari Tuhan. 

Buat yang beriman, hidup ini hanya tentang satu misi, hanya satu. Setiap diantara aku dan kamu, misi kita hanya satu, yakni menjadi rahmat sekalian alam.

Yang bernama manusia, tidak pernah lekang membuat dosa. Yang telah beriman, tidak pernah sentiasa imannya diatas puncak.

Hidup ini ada pasang surut. 
Akan ada yang tenggelam timbul. 
Akan ada datang dan pergi. 
Akan ada yang hidup dan mati. 

Tapi, sunnahtullahnya, segala yang hilang pasti akan berganti. Yang patah akan tumbuh. Yang jatuh akan bangun. Yang sakit akan sembuh. Terus-terusan berputar pada paksi dan waktu yang telah ditetapkan olehNya. InsyaAllah. Dengan izinNya.

Maka jika begitu roda hidup kita, apakah yang menghambat kaki mu untuk terus bergerak dengan yakin? Apakah yang menghambat hati mu untuk berbuat yang terbaik?

Apakah mungkin kamu hanya menginginkan khabar berita yang baik-baik sahaja? Apakah mungkin kamu hanya mahu hidup yang tenang bak laut yang jinak? Apakah kamu mahu hidup mu tiada ujian dan tidak dipersulitkan? Tiada ranjau yang berduri? Tiada badai yang menerpa?

Laut yang tenang tidak melahirkan kapten kapal yang berwibawa.

Tanpa batu-baru didalam sungai, air yang mengalir tidak akan bersih.

Ini adalah dunia, 
mana mungkin dunia ini tiada kesusahan. 
Mana mungkin dunia ini tiada ujian. 
Mana mungkin dunia ini tiada kesedihan. 
Mana mungkin dunia ini tiada kehilangan. 
Jika dunia ini seperti apa yang kamu inginkan, maka dimana letaknya harga sebuah syurga?

Lalu, simpan impian itu dalam-dalam dan kemas-kemas. Jangan dipadam. Tetapi simpan dan letakkan dalam tekad, “aku mahu semua yang aku inginkan ini disyurga kelak”

Aku bilang semula, duhai manusia, duhai orang beriman. Ini adalah dunia, yang kau tak akan punya segalanya, kerana yang kau akan punya sedang tersimpan cantik didalam syurga. Maka mintalah, berharaplah dan berusahalah untuk ke sana.

Ayuh,
Duhai hati,
Duhai teman,
Duhai kekasih.

Ayuh kita ke sana!

Ke mana?

Ke syurga
Kota yang abadi
Negeri yang tak mati
❤️

Love,
AH




2 comments:

Anonymous said...

Link exchange is nothing else except it is just placing the
other person's weblog link oon your page at proper place and other person will also do similar for you.

Anonymous said...

Does your blog have a contact page?I'm having trouble locating it but,
I'd like to send you aan e-mail. I've got some ideas for your blog yyou might be interested
in hearing. Eiyher way, great blog and I look forward to
seeing itt expand over time.

My Instagram