Travel lists

Singapore
Brunei
Seoul & Busan,Korea
Aceh, Indonesia
Korea(Jeju & Nami Island)
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan
China
Turki
European Countries
New Zealand
Australia

Ramadhan Diary | Let’s talk about food

*disclaimer: entri ini akan dipenuhi dengan gambar makanan. Jika anda tidak mampu mengawal diri anda, dinasihatkan untuk membaca posting ini selepas waktu berbuka.*
Yesterday, I’d wanted to clear & transfer all my photos in camera and phone to my laptop and organize it folder by folder. But, there are quite a number of food photos I’d taken which it took some spaces in my storage. I feel hesitated to delete it because every photos has their own memories and it’s hold some significant value for me. So, my purpose to create this posting content is to album and gather up all the food photos I’d captured and write what it values to me. 






Kami makan Lobster di Pantai Timang, Yogyakarta. 450’000 IDR untuk empat orang makan. Ada nasi, lobster masak butter dan lobster masak sambal, sambal tempe, sayur dan sambal giling. Serius sedap giler! Rasa puas hati sangat. Mula-mula kita orang tak bercadang nak makan lobster sebab takut lari budget tapi pakcik driver tu kata rugi kalau dah datang pantai timang tapi tak rasa lobsternya. Jadi, kami pun try je la. Seriussss tak menyesal makan lobster kat sini, kalau tak makan lagi menyesal. Huhuhu. Nak datang lagi.






Bermalam di Bandung. Gerai kecik kat sebelah station kereta api dan depan hotel kami. Masa ni kami semua berbelah bagi, sama ada nak keluar makan atau nak stay kat hotel. Sebab masing-masing sibuk mengemas sourvenir yang dibeli di Bandung dan Yogyakarta. Tapu aku rasa rugi kalau tak merasa makanan jalanan penduduk tempatan. So, kami decide pergi makan. Harga murah, sedap pun sedap. Lepak di sini barulah terasa suasana negara orang yang sebenar. Alaaaaaa, rindu la pulaaaaaa.




Menjamu selera di River Side Restaurant Palembang. Banyak drama nak pergi ke tempat makan ni. Ya Allah memang tak boleh nak dilupakan. Drama di airport, drama driver teksi, drama grabcar, drama hotel. Ya Allah, nanti kalau ada kesempatan aku sambung cerita jelajah aku di Indonesia. Sebelum tu boleh baca posting- posting yang lama;



Kata roomate, ambil la gambar makanan ni. Post kat blog, nanti kalau dia rindu dia boleh baca semula 😂 This our last sem together sebab lepas ni masing-masing akan buat haluan sendiri. Kita orang kalau petang-petang rasa lapar, then ada bahan yang boleh masak, rajin juga la nak buat makanan petang. Biasanya kami masak jemput2/cekodok tepung pastu cicah dengan sambal/kari paklah/sardin. Buat air teh, biskut cicah dengan air teh. Makan sama-sama. Sambil tunggu goreng, sambil makan, sambil borak-borak gelak-gelak. Hmmm. Aku akan rindu moment ni. Mungkin dah tak akan rasa dah lepas ni. Tsk 😭







Ni last makan bersama-sama, masak sendiri sebelum Ramadhan bermula. Tapi, syikin tak sempat makan sama-sama. Dia pergi lab untuk siapkan FYP dia. Ni resepi ibu, rendang dan bubur durian. Aku ni takdelah pandai masak tapi kalau nak campak-campak asal jadi tu, bolehlah. Aku tak pernah duduk asrama, jadi banyak masa kat rumah dan belajar masak dengan ibu. (Kena paksa belajar masak sebenarnya. Hahaha. Tapi, alhamdulillah nampaklah hikmahnya sekarang). Makan dengan Aida, Zera dan Yusra. Guys, kalau rindu.. Titipkanlah doa buatku. Tsk 😭



Bolognese with Salmon. Masih nak improve skill masak western cuisine. Kadang-kadang jadi. Kadang-kadang ke laut. Ish ish ish. Mujur family jenis tak complain bab makanan.



Buka puasa pertama bersama roomate di Masjid Impian Emas berdua saja sebab syikin belum balik dari kampung. Jimat duit kalau berbuka puasa di masjid ni selain boleh concentrate kat terawih.








Celebrating Abah’s birthday on 25/5. Everyone gathered at my grandparent’s home a day before my mom and day flight off to Okpo dong, South Korea. I made a suprise to my mom. I told her I didn’t went back to kampung because she said to me a day before “takyahlah balik, focus final”. I merajuk la konon. So, when she called me, I said I tak balik. Then, my mom diam. She said, “Ibu gurau je laa”. I provoked her, “takpelah, ibu cakap takyah balik, akak tak balik la. Terpaksa buka puasa sorang-sorang.” Nada sedih konon-konon. Bila ibu sampai kampung. She suprised I’d already at my village. Hihihi. Kau nakk, banyak nakal yea 😝



Apatah nama makanan ni. We got it at airport. Entahlah bila nak kurus kalau asyik nak makan je. Hahaha. Okey, that’s all from me. Mesti you guys rasa terliur je kan? Sebab aku pun terliur setiap kali aku tengok gambar-gambar ni. Perut pun berkeroncong. Haih, time ni jugalah aku nak update pasal makanan. Hahaha. Maaf teman-teman.

Now, I can delete gambar dalam phone dengan tenang. Okey, til next time. 

Enough with food!

Love,
AH

0 comments:

My Instagram