Ramadhan Diary | Ketika doa ditangguh, Tuhan sedang memandang mu

May 27, 2018

If you are one of one over ten people who tracks how many days we’d already fast in the month of ramadhan, you surely know today is the 11th of ramadhan. Isnt, it?

Isn’t it too fast?

Fuh. Aku memang rasa masa sedang berlalu begitu pantas. Ya Allah berilah keberkahan dalam waktu-waktuku. Ya Allah berilah kefahaman dalam agamaMu. Ya Allah berilah istiqamah dan khusyuk dalam ibadah-ibadahku. Ya Allah hadirkan rasa ikhlas dalam hati untuk setiap amalku agar ia hanyalah semata-mata kerana Mu.

My intention to update this diary post was yesterday actually. But, I forgot about this diary because I’d rushed to here and there to fulfill some responsibilities, so please forgive me, dear darling 🙇🏻‍♀️ So a little bit catch up from me, my parents had just off to Okpo dong, South Korea and has planned to back to Malaysia before eidul fitri insyaAllah.

Hopefully, this eidul fitri everyone will be home and celebrate eidul fitri together, please don’t be like last raya, it was so sad when my parents cannot come back home to celebrate raya together.
 
So... it’s already 11th ramadhan.. we are entering the second phase of month. How’s your ramadhan’s progression? Is it good? Super good? Tell me tell me!

I am striving to complete my hafalan juzuk 30th. Now alhamdulillah, I already completely memorize surah al-fajr to an-nas, al-a’la and an-naba’. 28 of 37 surah in juz 30th. Alhamdulillah. Another 9 is on my way. InsyaAllah 😍

This ramadhan, I really want to focus on my hafalan and istiqamah on basic sunnah. InsyaAllah. Please pray for me yea. I will definitely pray for those who read my writing. May Allah grants the highest Jannah for you guys. Aminn.

Okey, nak share some ayat dalam al-Quran. Surah ke-19, surah apa? Cepat teka! Huuhuuhuu. Good siapa yang dapat jawab. Surah Maryam. Ayat 3-5. My favorite ayat, ayat yang sangat lembut dan membangkitkan semangat.

“Ingatlah ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut. Dia (Zakaria) berdoa “Wahai Tuhanku.. Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban.. dan aku masih belum pernah kecewa berdoa kepadaMu, ya Tuhanku.

Sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaumku dalam menyempurnakan urusan agama, sedangkan isteriku seorang yang mandul. Oleh itu, kurniakanlah aku dari sisiMu seorang anak lelaki” (Maryam, 3-5)

Whenever I read this verses, I always feel like, ya Allah, seorang nabi pun sangat bersabar dalam berdoa. Seorang nabi pun tidak berputus asa dalam berdoa kepada Allah. Aku ni yang manusia biasa, boleh pula cepat nak berputus asa. Aku ni hamba yang banyak noda dosa, boleh pula berhenti meminta keampunan Allah.

Kenapa Allah rakamkan cerita ni dalam al-Quran? Sebab yang sederhana, Allah nak habaq kat kita Nabi pun Allah uji sama macam ujian kita-kita ni. Dan Allah nak kita ambil pelajaran, even Nabi yang ada privilege dari Allah pun, seorang yang soleh disisi Allah, seorang yang Allah sayang dan cinta pun, Allah uji. Kita ni entah siapa disisi Allah, for sure la akan diuji juga. Dan Allah nak habaq, Nabi tidak berputus asa dalam berdoa. So kenapa kita berputus asa?

Nabi Zakaria ni antara Nabi yang belum mempunyai anak, sedangkan usianya sudah sangat lanjut dan isterinya didiagnosiskan mandul. Tapi Nabi Zakaria keep on doa dan bersangka baik pada Allah. Terus sahaja berdoa. Siang malam. Minta dikurniakan anak dari Allah. Anak yang boleh mewarisi kerja dakwahnya untuk kaumnya. Lalu setelah sekian lama, akhirnya Allah makbulkan permintaan Nabi Zakaria.

Dalam ayat Maryam ni juga, aku sangat tertarik bila Allah ceritakan cara Nabi Zakaria berdoa pada Allah. Nabi Zakaria berdoa dengan suara yang lembut”. Allah sedang ajar kita, nak minta sesuatu kat Allah ni kena lembut2, slow2, merayu-rayu. And sebelum Nabi Zakaria meminta permintaanya, dia curahat (curah hati) dulu dengan Allah. “Tulangku telah lemah, kepalaku telah dipenuhi uban”. Ayat mudahnya berbual-bual dulu dengan Allah, beritahu masalah, manja-manja dulu, then barulah minta secara jelas apa yang kita nak. (note: adab berdoa)

***

Another story..

Ketika zaman Nabi Musa. Ada seorang wanita yang agak berusia datang berjumpa dengan Nabi Musa. Nabi Musa ni, diberi gelaran kalamullah. Nabi yang boleh bercakap direct dengan Allah. 

Wanita berusia itu datang kepada Nabi, dia kata “Wahai Musa, cubalah kau tanya pada Allah, apakah Dia akan memberi aku seorang anak?” Lalu Musa berbicara dengan Allah dan Allah memberikan jawapan tidak.

Lalu Nabi Musa memberitahu wanita tersebut akan jawapan Allah. Wanita tu mengucapkan terima kasih kepada Nabi Musa dan berlalu pergi. Selepas seminggu, wanita itu datang semula bertemu dengan Nabi Musa. 

Dengan soalan yang sama, wanita itu tanya “Wahai Musa, cubalah kau tanya pada Allah, apakah Dia akan memberi aku seorang anak?” Nabi Musa hairan lalu berkata “Bukankah kau sudah tahu jawapan Allah?” Wanita berusia itu berkata “Cubalah kau tanya sekali lagi, mungkin kali ini jawapan Allah berbeza.”

Nabi Musa menuruti permintaan wanita itu dan jawapan Allah tetap sama. Lalu wanita itu pulang ke rumahnya. Dan setelah seminggu, dia bertemu semula Nabi Musa dan bertanyakan soalan yang sama. Dan jawapan Allah tetap sama. Nabi Musa berkata “Allah mentakdirkan tidak akan mengurniakan anak untuk mu, wahai wanita berusia”. Wanita itu pulang, tiada riak kecewa diwajahnya sama seperti pertemuan-pertemuan sebelum ini.

Setelah berbulan lamanya, Nabi Musa tidak bertemu dengan wanita itu. Nabi fikir mungkin wanita itu sudah berputus asa. Tetapi setelah beberapa hari kemudian, wanita itu datang bertemu Nabi Musa, digendong bersamanya seorang bayi kecil. Ketika pertemuan Nabi Musa dengan wanita itu, Nabi bertanya “siapakan bayi itu?”

“Anakku, wahai Nabi Allah. Allah telah menjawab permintaanku” kata wanita berusia itu. Nabi hairan. Kata Allah, Allah tidak akan mengurniakan anak untuk wanita itu. Lalu selepas wanita itu pulang, Nabi Musa berbicara dengan Allah, “Bagaimana ya Allah, Engkau bisa menukar takdirMu untuk wanita itu?”

Lalu Allah menjawab “Setiap kali wanita itu pulang dari pertemuan dengan engkau Musa, wanita itu berterus-terusan menyebut namaKu, ya rahim ya rahim ya rahim ya rahim. Berterus-terusan siang malam dia menyebut ya rahim sehingga Aku tidak sanggup membiarkan permintaannya tidak dikabulkan.”

Tsk 😭

Ini antara cerita yang sangat meng-inspire aku bila mana Allah menangguhkan permintaan dan doa aku mengikut waktu yang Allah telah tetapkan. Kalian tahukan, Allah mengabulkan doa hambaNya dengan tiga cara?

1) Allah kabulkan serta merta
2) Allah tangguhkan sehingga masa yang sesuai
3) Allah menjawab permintaan hambaNya dengan jawapan yang berbeza

Pokoknya, apa yang Allah tetapkan semuanya yang terbaik dan semuanya Allah tetapkan dengan cinta. So, jangan pernah kecewa dalam berdoa kepada Allah.

Seandainya Allah menangguhkan permintaan mu, sabarlah dan keep on berdoa. Sebab dalam hadis, Rasulullah saw ada bersabda, Allah sangat malu seandai Dia tidak memakbulkan permintaan hambaNya yang meminta-minta padaNya.

Teruslah merintih dan berharap padaNya. Mungkin penangguhan Allah pada doa dan permintaam hambaNya adalah kerana Allah rindu nak dengar suara hambaNya berbicara dan merayu-rayu padaNya. Allah ini seperti kekasih yang sangat setia, yang kadang ada cemburunya, yang kadang sangat mahukan perhatian hambaNya hanya untuk Dia. Tahu sahajalah macam mana cinta kekasih dengan kekasih. 

Allah ni sangat setia, setia mendengar, setia menanti, setia disisi, setia menolong. Cuma itulah... kita yang hamba ni selalu saja curang, selalu saja give up, selalu saja berpaling.

Tsk 😭

Allah...
Aku mahu bertemu Engkau..
Aku mahu bertemu Engkau diFirdausi..

Allah..
Selalu  jadikan aku hambaMu,
Selalu ingatkan yang aku adalah hambaMu.

Allahumma innaka ‘affu’un tuhibbul ‘afuwan fa’fuanni.

Allah sesungguhnya Kau sangat maha pengampun dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunilah dosa-dosaku.

Untuk hari yang ke-11, Ya Allah, limpahkanlah rahmah dalam hidup ku sehingga hari Kau memanggil aku pulang. Amin..

Love,
AH




You Might Also Like

2 comments

  1. betul tu
    kalau doa belum makbul bukan sebab Allah tak sayang tetapi sebab belum tiba masanya atau kita sendiri belum bersedia :)

    ReplyDelete
  2. Hello there, just became aledrt to your blog through Google, annd found that it is truly informative.
    I am gonna watch out for brussels. I will appreciate if you continue this in future.

    Numerous people will be benefited from yokur writing.
    Cheers!

    ReplyDelete

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan