Ramadhan Diary | Kebergantungan

May 19, 2018

Hari ini aku sudah plan untuk pulang ke UTM Johor. So, semalam aku dah beli tiket siap-siap. Kena balik hari ini juga (sabtu), sebab aku ada test esok dan nak siapkan report thesis yang tergendala. Nak kemas bilik as persiapan nak habis belajar dalam masa terdekat ni. Orang kata BFG, back for good. Hihihi.

So tiket dah beli, scheduled bus bertolak dari TBS pukul 3.30 petang. Aku sampai TBS awal sebab nak solat jama’ dan malas nak terkejar-kejar nanti. Dah check-in. Aku turun kat kawasan menunggu. Tiba-tiba aku terpandang tiket yang sudah di-printed tadi. 

20/05/2018

Aku jadi curious. Aku tengok jam sebab nak tengok tarikh hari ini “19 May”. Ahhh sudah, tak akan salah beli tiket. Aku check tarikh kat phone “19 May” juga. Ahhh sudahhhhhh. Aku salah beli tiket lagiiiiii. Pastu aku tengok kat screen kat pintu gate, bus yang aku sepatutnya naik takde. Yelah memanglah takde sebab bus itu bukan dijadualkan hari ini, ainieeeeyyyy.

Aku naik atas nak beli tiket baru. Aku pergi kat kiosk sebab tak ramai orang. So aku purchase tiket baru, waktu sama seperti tiket sebelum ini cuma harinya hari ini. Ada lagi 15 minit, aku cuba positif, insyaAllah sempat. Monolog.

Tiba-tiba.....

Tiket dari kiosk itu taknak keluar. Aku dah cuak. 5 minit macam tu aku tunggu, tak keluar-keluar juga. Aku gi ke kaunter, pekerja bertugas check kat system, nama aku tak keluar. Tapi masalahnya duit dah masuk, baki dah dapat. Tiket je yang tak keluar. Pendekkan cerita, setelah berurusan dengan pihak service, aku dapat refund duit aku dan dapat beli tiket baru. Alhamdulillah.

During incident, there is one couple facing same problem like me. Unfortunately, the management team only refund for one ticket due to one transaction was successful but the other one wasn’t. So, they only refund for the unsuccessed ticket. Happened some argument between service team with that customer. I personally understand that situation and the customer’s concern, but that is their procedure. Tak boleh nak buat apa. Mampu simpati sahaja pada customer tu.

Fuh..
What a day!

Upon this incident, I reflacted that, sometime we think we are so well-prepared with certain possessed knowledge and vission we had. We guessed nothing gonna happen and everything will just fall into places nicely. But our knowledge is so little and our preparation is so minute. When something is out of our control suddenly comes, there is where our iman and inner side will be tested.

I learn about “kebergantungan” from different side today. Kebergantungan bukanlah hanya terjadi tika kau belum buat apa-apa persedian yang terbaik, even after you have done super perfect preparation, you must learn to holding onto the One who holds the journey. Sebab kalau kau bergantung pada diri kau sendiri, bila terjadi unexpected problem kau akan marah dan kecewa. Sebab kau rasa, sia-sia je aku buat preparation bagai nak rak, last-last tak berguna juga. Biasa terjadi kan? Baik buat last minit, takdelah rasa kecewa sangat kalau kita tak dapat apa yang kita expect. Biasa dengar kan?

Let me share you one of my favourite story. Dalam sejarah Islam ada few peperangan penting yang kita boleh selami ibrahnya dengan banyak sekali dari peperangan itu. Ni perang zaman rasulullah. Perang tabuk. Diberi nama perang itu sempena nama tempat. Perang ini antara perang terbesar jumlah angkatan tentera islam pada zaman rasulullah. Tempat perang yang sangat jauh, preparation dari segi bekalan makanan, transport yang membawa barang makanan sangat limited di-compare-kan dengan jumlah angkatan tentera yang besar, sedikit sebanyak merisaukan para sahabat. Namun perjalanan diteruskan dengan keimanan yang mantap untuk menegakkan kalimah “La illaha illaallah”, tidak sedikit pun mengoyahkan jiwa para sahabat tika ujian dan kesusahan datang kepada mereka.

Dipendekkan kisah, sesampai sahaja mereka di Tabuk. Allah menyampaikan khabar gembira bahawa perang tidak berlaku. Pihak musuh menarik diri. Tiada pertumpahan darah terjadi dan umat Islam telah menang perang tabuk itu tanpe berlawan. Aku kira, perjalanan yang jauh saja sudah cukup memenatkan tubuh badan, apatah lagi sampai ditempat berperang sudah kena angkat senjata dan memerangi musuh. Tapi, Allah Maha Tahu. Allah Maha memenangkan.

Jap, tiba-tiba sebak...

Kadang kala, dalam kehidupan kita seharian ini, kita selalu bergantung pada diri kita, pada kebolehan kita, pada strategi kita, pada pengetahuan kita, pada kemampuan kita. Sedangkan kita ini sangat lemah. Ilmu kita sangat sedikit. Kemampuan kita sangat terbatas. Apa yang akan berlaku pada hari esok, kita tidak pernah tahu. Kita hanya mampu merancang, tetapi yang menjadikan rancangan kita jadi atau tidak itu semuanya bergantung pada Allah.

Hari ini. Aku nak ingatkan diri aku balik. Aku kena belajar percayakan Allah melebihi kepercayaan aku pada diri aku apatah lagi pada orang lain. Aku kena yakin susunan yang Allah aturkan dalam hidup aku, adalah susunan yang Allah atur dengan kasih sayang. Sangat cantik.

Bukankah Allah itu mengikut sangkaan hambaNya? Jika hambaNya menyangka Dia itu maha pengasih dan maha pengampun. Maka Dia akan menampakan diriNya seperti itu. Jika buruk sangkaan hambaNya pada Dia, maka buruklah yang hambaNya akan lihat. Semua bergantung pada cara kita memandang, bukan apa yang sudah terpampang.

Macam mana nak tanamkan rasa percaya itu? Macam mana nak pasakkan dalam dalam kepercayaan kita pada Allah sehingga ia tidak mungkin tergugat walaupun badai taufan melanda?

As for now, formula yang aku temui adalah terus-terusan belajar mengenal Allah. Tanpa kenal, tak mungkin cinta. Tanpa cinta, tak mungkin percaya. Langkah pertama untuk mencintai adalah kesediaan untuk mengenal.

Buat tika ini, aku masih menggunakan formula yang sama. Seandai satu masa nanti aku temui formula yang baru, yang lebih relevan, yang lebih mainstream, akan aku khabarkan fomula yang baru itu. InsyaAllah.

Mata sudah lesu.
Menaip didalam bus agak memeningkan kepala aku. InsyaAllah semoga ketemu dilain waktu.
Dalam ramadhan reflection diary aku

Love,
AH






You Might Also Like

1 comments

  1. I think this is amon the most significant info for me. And i am glad readkng your article.
    But should remark on some general things, The website style is wonderful, the articles iis really great :
    D. Good job, cheers

    ReplyDelete

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan