Ramadhan Diary | Harapan si pendosa

May 18, 2018

Bismillahirahmanirahim
Aku menulis ini pertamanya sekali aku tujukan khusus untuk diri aku sendiri. Si pendosa dan seorang hamba Tuhan yang sering melakukan maksiat.

Sejak akhir-akhir ini, tidak lekang dari newsfeed aku cerita berkaitan pondan, maknyah, transgender or whatever you call it. Dan baru-baru ini ada seorang instafamous yang mencetuskan kembali keriuhan berkaitan masalah yang tak pernah surut ini.

Jujur sebagai individu aku sedih dengan isu ini. Aku sedih melihat adik2 dan kawan2 yang Allah uji mereka dengan ujian ini. Isu ini bukan isu baru, isu ini sudah berzaman wujud. Tapi, dengan adanya social media sekarang, kewujudan mereka lebih terserlah. Mungkin salah aku kerana aku tidak mengerti apa mahunya mereka. Mungkin salah aku, aku tidak menyampaikan ilmu yang boleh membasahi jiwa mereka. Mungkin salah aku kerana tidak buat dakwah sungguh-sungguh sehingga mereka tanpa sedar ter-dissolve dengan qhuzwatul fikr (serangan pemikiran) yang semakin hari semakin dasyat serangannya.

Terlalu selesakah kita dengan iman kita sehingga menjadi ignorant dengan saudara seagama kita, duhai para duat?
Terlalu selesakah kita dengan kondisi keamanan kita sehingga menjadi ignorant dengan masalah umat kita, duhai para pekerja dakwah?
Bukankah umat islam itu seperti satu tubuh yang dimana cubit peha kiri terasa di peha kanan?

Aku sedih dengan situasi ini, aku sesak dengan masalah ini. Tapi aku lebih marah diri aku kerana masih tidak melakukan sesuatu. Aku marah diri aku kerana masih memilih cara yang paling lemah untuk mencegah kemungkaran yakni dengan mengguna hati sedang jika aku benar-benar cintakan agama ini aku seharusnya berusaha lebih dari ini.

Maafkah aku duhai saudara-saudaraku. Pengetahuan aku tentang agama itu ada tapi yang sudah aku manfaatkan masih sedikit. Maafkan mad’u2 ku kerana dikala kamu lemas dalam jahiliyah, aku disini hanya melihat dan memandang sahaja tanpa menyelamatkan mu. Maafkan aku duhai kaumku, aku bilang aku cintakan Islam, aku cintakan saudara seagama aku tetapi disaat kamu sedang melangkah jauh dari aku, dan menuju ke tepian jurang neraka, aku tidak menegah dan menyelamatkan kamu.

Doa aku buat adik2 dan teman2 ku, yang sedang berada dalam selut jahiliyah kecelaruan jantina, aku berdoa Allah selamatkan kalian. Aku berdoa Allah memanggil nama kalian. Aku berdoa Allah mengisi hati kalian dengan cintaNya rahmatNya kasih sayangNya sehingga kalian tidak lagi merasa kekosongan sehingga mencari benda yang haram untuk mengisi kekosongan didalam hati kalian. Aku berdoa aku dan kamu semua dijaga dan dicintai Allah dengan diberikan kefahaman dalam agama.

Allah, cintailah mereka. Selamatkan mereka dan selamatkan aku dari azabMu

***Yang Sedang Kekosongan***

Akan ada satu fasa dalam kehidupan manusia,
Manusia mula mencari,
Mencari sesuatu yang dirasainya telah hilang,
Hilang yang meninggalkan kekosongan,
Kekosongan yang mendalam hingga dia hilang arah.

Tika dia merasa ada kekosongan yang sedang tercipta,
Dia mencari pelbagai benda dengan bermacam cara,
Hanya semata untuk mengisi kekosongan itu,
Saban hari saban waktu,
Dari satu perkara ke satu perkara,
Dari satu nafsu ke satu nafsu,
Dari satu kepuasan ke satu kepuasana,
Sehingga ditenggelam si dia dalam serakahnya 
Lalu dia lupa akan kekosongan yang sedang dia rasai
Kerana dadanya telah senak dengan hidangan duniawi..

Namun, sesuatu yang kosong, fitrahnya perlu diisi
Manusia menyangka serakahnya itulah yang dicari,
Sedangkan serakah itu hanya memakan diri,
Melarikan visinya yang sebenar,
Yakni untuk mencari sesuatu yang infiniti,
Untuk diletakkan didalam kekosongan dihati.

Buat yang sudah menemuinya,
Bersyukurlah 
dan genggamlah dengan erat apa yang sudah kamu temui itu

Buat yang belum menemuinya,
Izinkanku memberitahu mu,
Yang kamu cari itu bukan dunia,
Bukan nafsu nafsi,
Bukan harta, wanita dan takhta,
Tetapi yang kamu cari itu adalah Tuhan.

Dialah yang mencipta dunia,
Dialah yang mencipta kamu,
Dialah yang mencintai kamu,
Dialah si empunya kekosongan itu,
Dan hanya Dia yang bisa mengisi kekosongan dihati mu.

Benar, aku bercakap benar.
Kerana aku juga pernah berada didalam fasa
YANG SEDANG KEKOSONGAN.

Tulus,
AH




You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan