Travel lists

Singapore
Brunei
Seoul & Busan,Korea
Aceh, Indonesia
Korea(Jeju & Nami Island)
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan
China
Turki
European Countries
New Zealand
Australia

Reflection: Human is water

I found satu ayat dalam al-quran yang bermaksud

“Dan Dia menciptakan manusia dari air....” (Q25:54)

Sampai je ke ayat ni, my brain was thinking very hard. Air. Water. Something yang boleh mengikut acuan, something yang senang kotor dan senang juga bersih, something yang boleh mengalir, something yang boleh memadamkan api dan boleh juga menyemarakkan api. (Sila nyatakan lagi sifat air)

Manusia ni sifatnya air, bila manusia ni faham apa tujuan hidup dia di atas muka bumi ini, dia akan tahu macam mana nak gunakan kelebihan yang ada pada dirinya untuk mencapai matlamat hidupnya.

Manusia ini boleh dibentuk mengikut acuan.

Mental aku, sifat kau, kebolehan dia, kemahiran mereka semua itu boleh dibentuk mengikut acuan tertentu. Tetapi persoalanya, acuan apa yang kita mahu ikut? Acuan kuih bahulu Makcik Senah? Acuan red velvet Chef Bohari? Atau acuan al-Quran dari Allah?

Manusia ini mudah dibersihkan dan dikotorkan.

Dalam badan setiap manusia ada seketul daging. Baik daging itu maka, baiklah seluruhnya. Buruk daging itu, maka buruklah seluruhnya. Ketahuilah daging itu adalah Hati (hadis)

Hati ni sifatnya berbolak balik. Sangat sangat berbolak balik. Cepat sangat berubah. Mula-mula nak makan KFC, nampak Pizza nak makan pizza pula, nampak nandos nak makan nandos, nampak satey nak makan satey pula. Itulah hati. Maka, tuan punya hati kena aware dengan sifat hati ni. Bila hati ni cepat berubah, maka ikatlah hati ini dengan sesuatu yang Maha Kekal yakni Allah. 

Bila hati sudah dikotori, cepat-cepatlah bersihkannya semula dengan mengingati Allah. Bila hati sudah dinodai dosa, maka segeralah bertaubat dan mujahadah mendampingi yang Maha Mengampunkan.

Manusia ini bersifat ‘mengalirkan’

Hanya makhluk yang bernama manusia, mempunyai kuasa untuk mengalirkan aura positif dan negatif kepada makhluk sekeliling. Setiap kata-kata atau perlakuan atau ideologi, tidak kira kecil atau besar, pasti akan memberi effect kepada makhluk sekeliling.

So we decide what kind of ‘aliran’ yang mahu kita mengalirkan dari dalam diri kita kepada orang dan benda sekeliling kita.

Jika dalam diri kita baik, maka aliran yang keluar itu pasti baik. Jika dalam diri kita tidak baik, maka aliran yang keluar itu mesti tidak baik.

Maka seeloknya, betulkan yang dalam sebelum perelokkan yang luaran. Jaga hati, jaga iman dan jaga akhlak. 

Manusia boleh memadamkan dan menyemarakkan api

Obviously, manusia mempunyai hak untuk memilih. Jika mampu untuk memadamkan, maka padamkanlah api-api yang membawa ke neraka. Jika mampu menyemarakkan, maka semarakkanlah semangat-semangat yang boleh membawa ke syurga. 

Padam atau semarak itu sesuatu yang relatif, ia bukan bergantung pada cara kita guna tetapi ia bergantung pada kenapa kita guna. 

Jelaskan matlamat dan tujuan hidup. InsyaAllah, akan sampai satu masa kita akan tahu bila masanya kita perlu ‘padamkan’ dan bila masanya kita perlu ‘semarakkan’. Both are needed in order to balance the life.



Love,
AH

0 comments:

My Instagram