Seharian berjalan kaki di Kota Jakarta

March 16, 2018

Perjalanan kami bermula dari Jakarta. Pada jam 11 malam hari khamis, aku dan kawan-kawan sudah berada di KLIA untuk menunggu waktu ketibaan flight kami yang dijadualkan untuk berlepas pada 6 pagi keesokan harinya. Kami berempat tidur di ruang menunggu selama lebih kurang 5 jam  sebelum kami dibenarkan masuk ke balai berlepas.

Perasaan aku terlalu excited sehinggakan waktu tidur berlalu pun tidak terasa. Pada pukul 5 pagi, kami masuk balai berlepas dan cari surau untuk solat subuh. Selepas selesai solat, kami terus berlari ke gate perlepasan. Tapi nak dijadikan cerita yang riuh dipagi jumaat itu, line untuk check beg yang dibawa masuk pesawat terlalu panjang, ramai orang sudah beratur untuk menunggu giliran nak scan beg.

Nombor flight kami sudah dipanggil dan perkara yang menambahkan kegelisahan bile salah seorang kawan kami tersangkut diantara barisan yang panjang. Perasaan masa itu memang cuak gila dan bertambah cuak bila tahu yang gate kami nak pergi tu terletak paling hujung sekali di KLIA. Oh. My. God!

Settle je process scan barang kawan, kami berlari laju menuju ke gate perlepasan. Bayangkan pada pukul 6 pagi, aku dan kawan-kawan dengan backpacker besar kedabak yang sedang digalas dibahu berlari didalam terminal KLIA. Orang sekeliling memandang aneh pada kami. Tapi itulah moment adrenaline rush yang pertama untuk perjalanan kami yang baru saja bermula. Fuhhh.

Walaupun kondisi airport sangat dingin, tetapi disebabkan larian marathon yang kami buat diawal pagi, sejuk aircond sudah tidak dirasa. Malah peluh yang laju turun deras membasahi belakang badan. Haih. Unexpected thing happens out of our senses.

Naik flight, aku terus terlelap. Tidur semalam dan kepenatan berlari diawal pagi aku nak kodokkan dengan tidur dalam flight. Walaupun tidur hanya 2 jam tapi rasa sangat puas dan semua sistem badan kembali cergas. Mental dah bersedia untuk menghadapi journey pada hari pertama. 

Sampai di Airport Seokarno Hatta, kami cari simkad untuk dapatkan access internet untuk melanggan grabcar. Pengunaan grabcar di Jakarta sangat berbaloi dan efektif. Disamping dapat berbual dengan pemandu yang ramah, keselesaaan dan keselamatan kami lebih terjamin. Walaupun pernah dengar berita yang tidak elok mengenai pemandu grabcar, tetapi aku sangat bersyukur sepanjang kami di Indonesia, semua grabcar yang kami naik, pemandunya baik-baik berlaka.

Destinasi pertama kami di Jakarta adalah Muzium Nasional. Muzium ini terletak dibandar Jakarta. Bangunan putih yang dibina untuk menyimpan khazanah sejarah indonesia.





Grabcar dari airport ke muzium = 114’000 IDR/kereta
Tiket masuk muzium = 10’000 IDR/orang
Simcard TELEKOMSEL = 180’000/satu

Dari muzium nasional kami berjalan kaki ke MONAS iaitu Monumen Nasional yang terletak berhadapan muzium nasional. Tetapi, pintu masuknya agak jauh maka kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 2km dari muzium nasional.

Di MONAS, kami mencari tempat makan untuk makan tengahari. Ada deretan gerai dibuka di sekitar MONAS. Aku memilih Soto Ayam + 2 air mineral untuk juadah tengah hari.



Makan tengahari = 40’000 IDR

Selepas selesai makan dan kepenatan berjalan kaki kami sudah hilang, kami terus bergerak ke Tugu MONAS yang terletak kurang 1km dari gerai makan.





Inilah tugu MONAS. Cuaca sangat baik pada hari pertama kami di indonesia. Panas tetapi angin sentiasa bertiup memberi keselesaan kepada kami. Setelah puas bergambar dan melayan angin yang sepoi-sepoi bahasa, jam sudah menunjukan pukul 3 petang. Kami ingin bergerak ke Masjid Istiqlal untuk solat jama’ dan berehat sebelum menempuh perjalan yang panjang pada malam nanti.

Masjid Iqtilal terletak berdekatan dengan MONAS, tetapi perkara yang menyulitkan kami ketika mencari jalan untuk keluar dari MONAS kerana MONAS ni adalah satu lapangan yang sangat besar dan dikelilingi dengan pagar. Untuk keluar dari MONAS kena melalui pintu-pintu yang disediakan. Mencari pintu keluar MONAS telah menyebabkan kami berjalan kaki lebih kurang 3km.   Masjid Istiqlal yang pada mulanya sudah nampak bayangannya dari tempat kami bergambar, kami terpaksa berjalan melawan arah dari menuju ke Masjid Istiqlal kerana pintu keluar dari MONAS terletak jauh dari Masjid Istiqlal.

Dengan backpack yang sado dibelakang, aku gigihkan diri untuk mengheret kaki yang sudah melecit menuju ke pintu keluar MONAS. Sampai di pintu luar MONAS, ada banyak kenderaan yang bernama Bajay lalu dihadapan kami. Kami decide untuk menaiki Bajay menuju ke Masjid Istiqlal. Menaiki bajay adalah antara pengalaman yang menyeronokkan bagi aku. Pertama kali naik motor yang bertayar 3 dan berbumbung. Aku jadi confuse nak kategorikan bajay ini sebagai kereta atau motosikal. Kerana rupanya yang sangat unik.



Bajay = 20’000/car

Jakarta sangat familiar dengan macet (jem) yang teruk. Yup, aku akui fakta itu. Macet dijakarta Subahanallah menyesakkan dada, ditambah pula pemandu di Indonesia ni boleh tahan, tahap kegilaan mereka memandu di jalan raya. Super ngeri! But, still I slut them because their comman sense during driving/rinding is super good.

Kami berempat telah berpecah kepada 2 kumpulan kerana bajay hanya boleh muat 2 penumpang. Maka, kami terpisah seketika. Inilah pepisahan yang merisaukan kerana kami tidak boleh contact each other sebab yang mempunyai access internet hanya aku seorang (sebab kami jadikan satu phone sebagai hotspot). Aku tidak boleh contact 2 orang lagi kawan aku. Sampai di Masjid, dalam 15 minit aku tunggu 2 orang kawan aku. Aku risau jikalau terjadi apa-apa. 

Aku cakap kat kawan aku yang bersama aku,
“5 minit lagi kita tunggu, then dia orang tak muncul juga kita masuk je dulu dalam masjid. Moga Allah gerakkan hati dia orang juga untuk masuk ke masjid juga”

5 minit tunggu, mereka tak muncul juga. Kami buat keputusan untuk masuk ke masjid. Subahanallah. Benarlah doa orang musafir ni sangat dimakbulkan. Ketika menuju ke pintu gerbang masuk masjid, aku lihat dua orang kawan aku dari jauh, mereka sudah berada betul-betul di depan pintu gerbang. Lega dapat jumpa mereka. Mereka diturunkan ditempat masuk yang lain dan menunggu kami berdua. Setelah lama tunggu mereka decide untuk gerak masuk. MasyaAllah. Walaupun tiada connection internet atau coverage. Allah menjadi talian hayat kami untuk berhubung.









Di Masjid Istiqlal, kami mandi, solat dan rehat. Kami jama’ zohor dan asar, kemudian menunggu solat magrib dan isyak. Dalam 3 jam juga kami beriktikhaf di dalam masjid. Dan pukul 7 malam kami bergerak keluar dari masjid untuk ke station kereta api Gambir. Dari masjid ke station kereta api kami langgan grabcar sekali lagi. Sampai di station kereta api, kami check-in, makan malam dan beli sedikit makan ringan sementara menunggu kereta api sampai. Kami akan bergerak ke Yogyakarta pada pukul 8.45 malam.






Grabcar masjid ke station kereta api = 23’000 IDR/car
Makan malam = 40’000 IDR

Masuk dalam kereta api aku sangat impress dengan kereta api yang aku booked secara online ni, Kereta api ini yang sangat selesa. Bantal dan selimut disediakan. Aku letak barang kat cabin atas dan aku selesakan diri aku diatas kerusi yang empuk.





Aku duduk disebelah tingkap, berdekatan tingkap ada plug. Inilah kenikmatan yang paling bahagia bila dapat charge phone dan powerbank dengan penuh. Disebabkan ada plug ni, aku bagi 5 bintang pada kereta api Taksaka. 


Esok kami akan lalui perjalanan yang panjang, keberlangsungan nyawa phone dan camera sangat diperlukan. Untuk perjalanan pertama disini, Alhamdulillah kami berjaya harunginya. Nah, video untuk hari pertama dari aku.



Dari sini, aku akhirkan penulisan untuk hari pertama aku di Indonesia. Izinkan aku beradu dan merehatkan badan yang telah seharian berjalan. Adios!


Love,
AH

You Might Also Like

1 comments

  1. ahh rindunya pada Jakarta yang macet ;D
    Salam kenal dari umifuzy.com

    ReplyDelete

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan