5 sebab kenapa aku pergi travel

March 16, 2018

Disebabkan aku sudah lama tidak menulis penulisan yang berilmiah disini, maka izinkan aku memecahkan tembok kekakuan jari-jariku dan otakku untuk menulis content yang bermanfaat kali ini.

Pada bulan januari lepas, aku bersama tiga orang rakanku telah membuat satu keputusan yang maha dasyat yang petama kali kami buat dalam hidup iaitu pergi travel 4 negeri dalam 6 hari di Indonesia. Okey, bawa bertenang jikalau anda rasa terkagum dengan pengakuan yang saya buat sebentar tadi. Kami pun agak kagum dengan diri kami. Eheh. Perjalanan yang mencabar. Tapi, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan segala kenangan sepanjang aku disana sangat indah-indah berlaka.

Oh ya, dimanakah 4 negeri yang aku maksudkan itu? Bermula dari Jakarta, Yogyakarta, Bandang dan berakhir di Palembang. 3 penerbangan dan 2 perjalanan di dalam train.

Bagaimana kami si gadis-gadis mahasiswi boleh buat kegilaan seperti itu? Ini adalah kerana kami terlalu excited ketika membeli tiket penerbangan Airasia sehingga tidak sedar akan negeri ketibaan dan negeri pelepasan pulang ke tanah air mempunyi jarak yang sangat jauh. Fuh. 

Dipendekkan cerita, ketika membeli tiket flight yang sedang promosi, aku dan kawan-kawanku fikir Jakarta dan Palembang tu negeri bersebelahan. Maka kami beli tanpa fikir dan check location. Bila dah tiga bulan beli, masa mula nak buat itinerary barulah aku sedar yang Jakarta dan Palembang tu terletak dipulau yang berbeza.

Tiket dah beli, perjalanan diteruskan

Aku sebagai ketua ekspidisi ecey 🙈 maka aku yang aturkan susunan itinerary. Dari A sampai Z. Hotel, transportation dan tempat-tempat yang nak dilawati semua settle before keberangkatan kami ke sana. Semua info dari internet aku filter dan hadamkan sebaiknya. Well, google kan ada, taip je pasti semua keluar.



640



Ini adalah travel journey yang paling mencabar dalam hidup aku. Sebelum ini pernah je travel with backpacker style tapi kali ini benar-benar lain. Betul-betul lain. Serious. Tolong percaya aku. Heh. Macam mana maintain stamina sepanjang perjalanan memang mengugah jiwa dan raga la. Tapi, aku syukur sangat sebab Allah banyak permudahkan perjalanan kami. 

Sepanjang perjalanan 6 hari, aku banyak membuat refleksi diri dan menghayati hikmah-hikmah setiap peristiwa yang berlaku disekeliling. Dan bagi aku, aku pergi travel ni bukan untuk suka-suka. Aku pergi travel kerana bersebab. Dan sebab ia adalah;

Satu. Travel adalah masa terbaik aku untuk refresh connection aku dengan Tuhan. Sebelum mula perjalanan, aku akan set niat dan set goal apa yang aku nak capai sepanjang perjalanan ini secara spiritually. Travel adalah waktu aku dan Tuhan, segala apa yang akan, sedang dan telah berlaku semuanya dibawah jagaan dan perlindungan Tuhan. Aku suka moment bila aku merancang dan Tuhan juga merancangkan sesuatu yang lain which is dari situ aku dapat rasa planning tuhan lebih cantik. 

Dua. Allah janji, doa orang musafir ni tidak ada hijab. Maka, waktu travel ini adalah waktu terbaik untuk doa kaw kaw! Segala apa yang nak diminta, mintalah. Minta sungguh-sungguh. Minta dengan yakin yang Allah akan kabulkan.

Tiga. Travel adalah antara methode yang terbaik untuk mengenali potensi diri. Aku belajar mengenali diri aku sepanjang travel. Contohnya aku boleh identify apa yang aku mampu buat dan apa yang aku boleh reach beyond limit. Aku belajar psychology diri aku dan aku  kenal apa kelemahan aku dan apa yang aku boleh improve. Travel is my self-love 24hours class which me as a teacher is teaching me myself as student.

Empat. Aku pergi travel sebab aku nak melihat culture luar. Melihat culture luar sangat banyak mengajar aku untuk appreciate culture yang ada pada mereka dan pada diri kita juga. Aku seorang yang observant. Aku melihat dan belajar. Banyak ilmu yang aku kutip dari pengalaman orang yang aku berbual seperti pakcik-pakcik teksi, makcik jual makanan, tukang jaga rumah dan banyak lagi. Selain dari cerita-cerita yang dikongsikan, aku sangat terkesan dengan keramahan mereka pada orang luar. Tapi, jujur juga, pengalaman pahit didalam setiap travel journey itu pasti ada tapi bagi aku pengalaman yang pahit itu lebih memberi pengajaran kepada ku setanding dengan yang manis.

Lima. Yang terpenting bagi aku untuk bisa travel ke serata dunia adalah aku mahu explore and express. Segala apa yang aku lihat, aku mahu orang lain turut lihat. Keindahan dan kecantikan yang aku nampak dengan mata, aku mahu orang lain turut melihat dengan mata mereka. Segala pengalaman yang aku rasa, aku mahu mereka turut rasa. Dunia ini penuh dengan keindahan rahmat Tuhan, maka aku mahu mereka tahu.  Maka kerena itu aku menulis.

Panjang penulisan kali ini, seperti karangan BM tingkatan 5. Mohan bermanfaat pada yang membaca. Mohon tak jemu menunggu penulisan sererusnya. Aku akan sambung menulis untuk perjalanan semasa di indonesia. Some of reflection posts, I’d already posted on instagram. Some I haven’t yet poested it. Some I am still writing it. InsyaAllah. Till, then.

Love,
AH

You Might Also Like

1 comments

  1. haaa dah lama teringin nak buat macam ni. tahun ni in shaa Allah

    ReplyDelete

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan