3 tempat menarik di Yogyakarta (Jogja) — Hari pertama

March 18, 2018

Perjalanan dari Jakarta ke Yogyakarta mengambil masa dalam 8 jam. Pada malam pertama di Indonesia kami menjimatkan duit penginapan kami dengan menjadikan transportation kami sebagai tempat untuk tidur dan berehat. Dengan keselesaan yang diberikan oleh kereta api taksaka kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Untuk aku, ini adalah ekspedisi pertama yang menggunakan train dan bermalam di dalam train. It’s such wonderful experience. Cuma, aku ni jenis tidur dalam gelap. Kalau tempat terang atau lampu terpacak atas kepala, aku sukar sikit nak betul-betul terlena. Lampu train ni tak di switch off, maka aku hanya tidur beberapa jam dan selebihnya aku banyak menikmati permandangan di luar.

Sampai di station kereta api Tugu Yogyakarta, kami bersiap untuk solat dan membersihkan diri. Kami bersarapan di station kereta api. Aku mencuba makanan Indonesia yang aku tak pernah tahu dan tak pernah makan. Nasi Gude’ 




Sarapan = 32’000 IDR

Dalam pukul 6 pagi, kami di jemput Mas Herry untuk ke desitinasi pertama. Kami akan menggunakan perkhidmatan Mas Herry selama 2 hari kami di sini. Kedatangan kami di Jogja disambut dengan semyuman ramah Mas Herry sehingga membuatkan kami rasa heartwarming dengan masyarakat Jogja.



Destinasi pertama kami adalah Borobudur. Borobudur adalah tinggalan sejarah ribuan tahun dahulu. Namun ia masih gah sehingga kini. Kami mengambil masa 3 jam untuk explore semua kawasan sekitar Borobudur. Kaki aku yang melecet dari semalam, aku gagahkan untuk diheret ke sana ke mari. Aku dah mula rasa kaki aku start kembung air. Huhuhu. Tapi perjalanan hari ini aku tidak mahu ia berlalu begitu saja.











Tiket masuk = 195'000IDR (dapat discount sebab bawa student card)

Selapas penat berjalan kami merehatkan kaki di tempat terapi ikan dan mencuci mata sambil membeli sedikit souvenir. Keluar saja dari kawasan Borobudur ni sudah ramai penjual mengekori kami untuk membeli barang yang mereka jual. Rasa macam artis bila ramai orang mengerumuni kami. Tetapi kami cuba berhati-hati supaya tidak ada sebarang kecuaian yang berlaku seperti barang diseluk pencuri. Ada penjual yang kami terpaksa bertegas untuk tidak mendesak dan mengekori kami membeli barang mereka. Tetapi. aku still kagum dengan keberanian dan kegigihan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan customer.


Setelah hampir 3 jam kami menghabiskan masa di Borobudur, kami bergerak ke destinasi seterusnya, iaitu Kalibiru. Another place that needed high stamina. Panjat bukit yang sangat cerun. Fuh!



Tiket masuk = 10'000IDR

Kalau nak ambil gambar kat port yang disediakan kena bayar mengikut kadar yang telah ditetapkan. Or else, cubalah buat kreativiti sendiri untuk dapatkan shot yang terbaik tanpa perlu bayar. Huhuhu. Tapi, bak kat kawan, kalau dah alang-alang datang, yang mungkin pertama dan terakhir kali, pergilah bergambar puas-puas.

Kami makan tengah hari di Kalibiru. Selesai makan, kami bergerak terus ke destinasi seterusnya iaitu Taman Sari which is terletak di bandar Jogja. Agak jauh dan memakan masa untuk sampai di Taman Sari. Dan kaunter Taman Sari tutup pada pukul 4petang. Kalau kami tidak sempat sampai sebelum pukul 4, kami tidak dapat lawati Taman Sari.

Namun dengan kehebatan Mas Herry memandu kereta, kami berjaya sampai ke Taman Sari before pukul 4. Alhamdulillah.




Tiket masuk = 15'000 IDR

Taman Sari ini adalah tempat mandi raja-raja dan pangeran-pangeran dahulu. Sejarah disini sangat menarik bagi aku. Di sini jugalah, adanya masjid di bawah air. Kami di bawah oleh seorang Pak Cik yang bertugas disitu untuk melawati sekitar Taman Sari.



Mark Zukerberg dah pernah sampai sini tau! Huhuhu. Selain masjid bawah air, kami dibawa juga ke kubu pertahanan zaman dulu. Sambil berjalan pakcik tu bercerita. Suasana di sekitar Taman Sari ini buat aku benar-benar jatuh cinta. Rasa nak tinggal disini.



Dari pagi sampai ke petang kami berjalan. Walaupun kaki rasa sangat sakit dan perih, tapi pengembaraan hari ini sangat memberi nafas kehidupan sehingga aku tidak peduli rasa sakit tu. Selepas puas explore Taman Sari, kami bergerak ke tempat penginapan kami. Kami memilih homesty sebagai tempat bermalam kami. Aku tempah penginapan ini melalui Airbnb, harganya sangat berpatutan. Satu bilik, dua katil double decker. Ditambah pula, tuan rumah yang sangat ramah dan rumah yang sangat artistic, ia menambahkan kemanisan memori kami di sini.

Penat bercerita. Fuh! Aku ingin kongsikan gambar kawasan sekitar homesty kami dan aktiviti kami dihari yang seterusnya. Tapi sebelum itu, izinkan aku melayan tilam yang empuk di homesty ini. Kaki sudah minta diurut, mata sudah minta didodoi. Oleh itu, jumpa di entri yang seterusnya. Eh, sebelum tu boleh layan video untuk hari kedua kami di Indonesia. Adios!


Feeling awesome,
AH

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan