Instagram

Sunday, February 04, 2018

Baby dah besar kan?

Akan sampai masa kita akan berpisah,
kerana itu hakikat hidup. 

Secara jasad
Tapi harap tidak secara hati
Berpisah adalah perkara yang setiap manusia akan lalui
Nak atau tidak, kena lalui
Hmm

Today is dated as our toughest moment when we decided to let our baby to ‘grow’.

Pooh sudah masuk asrama. Our baby telah memilih untuk memulai langkah yang baru di tempat yang baru dengan suasana yang baru.

Aku tahu dia berat hati, kami juga. Ibu yang paling terasa sekali. Tapi, aku yakin ini adalah masa yang terbaik untuk dia dan kami semua belajar untuk berjauhan. Sebagai seorang yang dewasa, aku rasa Pooh perlu belajar berdikari dan kami perlu belajar melepaskan.

Pooh dari luaran dia nampak tough, tapi dalaman dia sangat fragile. Aku tahu dia sedih. Dia dah terbiasa dengan keselesaan. Dia dah terbiasa ada orang2 disisi dia. Tapi, sampai masa dia perlu keluar dari comfort zone dia. Hmmm. Moga Allah jaga. Moga Allah lindungi iman adik.

Siapa tak sayang adik. Semua orang sayang. Percayalah, semua orang sayang. Tapi, ada sesuatu yang lebih besar kita sedang consider kan, dik? So, adik kena kuat! Dan sabar.

Berilah ruang dan peluang untuk diri adik belajar berdikari dan kenal dunia yang berbeza. InsyaAllah, it will worth it!

Akak akan sentiasa ada dibelakang adik, no matter what happens. I promise.

Here our conversation before being apart,

“Akak, macam mana akak berpisah dgn family dulu?”

“Hmm, masa matrik dulu tak rasa. Masa duduk johor, yup homesick tu memang terasa. Hari2 termenung. Kadang2 menangis masa solat, masa tidur. Even sampai sekarang, everytime nak balik johor masih rasa perasaan yang sama. Tapi lepas seminggu tu okey dah. Focus benda yang kita nak capai. Takpelah dik. Normal je.”

Adik nangis.

“Kitaorang mungkin selalu tidak ada bersama adik. Tapi, Allah ada. Itu je adik kena ingat. Allah ada”

Aku mula terasa sebak.

Being apart is never easy, no one would like it. Tapi, ini hakikat hidup yang perlu dilalui. Akan sampai masa kita akan berpisah. Doa akak akan sentiasa ada untuk adik. Be strong and keep fighting.

Ya rabbi,
Jaga adik ku
Lindungi dia sentiasa
Rahmati perjalanan hidupnya

Kakak sayang Pooh. 
Lillahita’ala





1 comment:

Mysara Ab Rahman said...

Alahaiii...kte yg tgok gambar pun bley rasa prasaannya...