Travel lists

Singapore
Brunei
Seoul & Busan,Korea
Aceh, Indonesia
Korea(Jeju & Nami Island)
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan
China
Turki
European Countries
New Zealand
Australia

Terlupa

Apa yang aku sering terlupa

yang kau selalu ada
disisi aku
menjaga aku
melindungi aku
memberi yang terbaik buat aku

Aku buta
Aku pekak

Aku tak nampak kehadiran kau
Aku mengabaikan kau
Aku menidakkan hak kau ke atas aku

Tuhan...
Aku minta ampun tuhan
Aku bodoh tuhan

Aku mencari-cari orang yang mampu menghargai aku
sedangkan kau lah yang paling sudah 
melakukan perkara itu sejak dahulu

Aku mencari-cari orang yang mampu menjaga aku
sedangkan kau lah yang paling dahulu
melakukan perkara itu sebelum aku tiba didunia ini

Aku mencari-cari orang yang mampu mencintai aku
sedangkan kau lagi yang paling lama
melakukan perkara itu tanpa lelah dan berhenti

Tuhan...
Aku minta ampun tuhan
Aku bodoh tuhan

Masih mahukah kau kutip aku kembali
ke sisi mu?
Hanya disitu aku rasa aman dan selamat

Tuhan masih sudikah kau dengan aku?
yang hina ini?
yang jijik ini?
dengan noda dan dosa yang setiap hari aku lakukan

Tuhan...........
hambaMu memanggil Mu Tuhan


0 comments:

My Instagram