Surat Cinta buat Ahmad Ammar

January 14, 2018

Malam ini izinkan aku bercerita tentang dirimu disini

Assalamualaikum salam sejahtera buat sosok yang sangat aku kagumi, Ahmad Ammar
Yang sedang berbahagia di alam sana
Aku yakin, aku pasti

2 november 2013
masih aku ingat lagi tarikh pemergian mu dari dunia yang fana ini
pemergian yang memberi rasa pada seluruh alam
pemergian yang menyentuh hati pada jiwa yang tidak mengenali apatah yang mengenal diri mu
pemergian yang mengetarkan jiwa-jiwa yang mendambakan kematian yang baik seperti mu

Duhai Ammar
Aku adalah salah seorang yang merasa, yang tersentuh dan yang terketar akan pemergian mu
Aku tidak mengenali mu tapi hati ini benar-benar terasa dekat dengan mu
Terasa pernah mengenali mu
Terasa pernah bersua muka dengan mu

Duhai Ammar
betapa aku tidak malu untuk mengaku aku pernah merindukan mu
dan masih juga merindukan mu,
barangkali sosok seperti mu

Duhai Ammar
Aku cemburu dengan cara Allah menjemputmu,
peribadimu,
kenangan-kenangan orang-orang yang pernah bersamamu,
jiwa dan hatimu

Duhai Ammar
Pemergianmu sangat memberi impak padaku
Teringin sangat hati ini bertemu dengan mu
bercerita denganmu
meluahkan suasana yang sangat menyesakkan diwaktu ini, 
ummat ini...
rasa yang sangat bersalah
bagaimana kau mahu membantu ummat ini duhai Ammar :(

Duhai Ammar
Izinkan aku menjadikan kau sumber inspirasi aku
Izinkan aku menjadikan kau sebagai semangat untuk aku terus menjadi lebih baik, 
untuk ummat 
untuk agama
untuk Tuhan
Izinkan aku menjadikan kau antara sebab kecil untuk aku mahu masuk ke syurga
kerana aku mahu bertemu dengan mu
Izinkan aku untuk sekali sekala merinduimu,
sosok seperti mu

Ammar...
mahukah kamu tahu
aku menamakan kereta aku dengan nama kau
mahukah kau tahu juga
aku selalu berbicara dengan kereta ku seolah-olah aku sedang berbicara dengan kau
sifat dia seperti kau
tidak banyak berbicara, selalu mendengar

Ammar..
aku selalu menghabiskan waktu duka aku didalam kereta aku
kerana disitu aku rasa selamat
aku merasa ada yang sedang memujuk ku

Ammar...
selalu saja aku cakap pada Ammar keretaku
“Kakak akan jaga ammar baik2”
padahal Ammar itulah yang selalu menjaga aku,
selalu ada disisiku

Ammar...
pertama kali sejak aku memiliki Ammar keretaku
aku membawa seorang lelaki kedalam keretaku
kau mahu tahu?
sepanjang minggu dia merajuk
ada saja tidak kena
sampai dua kali masuk bengkel
sampai aku menjadi runsing
kerana dia tidak pernah begitu
selepas beberapa sesi dialog aku dengan dia
aku pujuk mengapa dia begitu
baru aku sedar 
rupanya dia sedang cemburu ^_^

Ammar..
baru-baru ini aku baca semula buku yang dituliskan buat kamu
dari ayahanda, bonda, kakanda dan sahabat2 mu
tidak henti-henti air mata ini berderai
selepas satu ayat pasti deras air mata ini mengalir
Ammar, aku merasa kau masih hidup
kau hidup dihatiku 

Ammar..
malam ini ingin sekali aku coret namamu dan ceritamu disini
kerana aku mahu kau menjadi sebahagian dari dunia ku
dan aku mengharap kau juga menjadi sebahagian dari dunia ku disana
diakhirat kelak
semoga dapat bersua muka
berbicara sama
bergelak tawa
disuatu masa
disuatu tempat
yang indah
yang dijanjikan Tuhan
Yang Maha Indah

Allah pertemukan aku dengan Ahmad Ammar ya!
Sampaikan salam ku padanya
Sampaikan salam ku pada kekasihMu juga
Allahumma salliala saidina muhammad

Your truly secret admire
AH



You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan