Instagram

Saturday, August 19, 2017

Ibu dan abah adalah harta bagi seorang 'aku'

Harta yang paling tidak ternilai harganya didunia ini selepas agama adalah ibu bapa. Kenapa? Tanpa ibu bapa, kita tidak mungkin berada disini.

Alhamdulillah, aku dikurniakan ibu bapa yang sangat menyayangi pada aku dan juga adik beradik yang lain. Allah.. rasa sukar nak gambarkan perasaan ini. Ibu dan abah adalah nikmat terbesar yang Allah kurniakan pada aku dan sering kali aku lupa mensyukuri nikmat yang satu ini.

Ibu dan abah adalah permata yang tidak mungkin akan dapat diganti dengan apa-apa yang ada didunia ini. Tidak mungkin.

Dahulu, aku pernah melawati rumah anak yatim. Satu perkara yang aku paling tersentuh adalah bila aku melihat wajah-wajah mereka, hati aku terdetik..

'Kalau diorang sedih, pada siapa diorang hendak mengadu?'

'Kalau diorang memerlukan duit untuk beli barang keperluan mereka, pada siapa diorang nak minta wang saku?'

'Kalau mereka merindu untuk dipeluk oleh tangan seorang ayah atau seorang ibu, pada siapa diorang hendak memberitahu rasa mereka?'

..........

Aku semua ada
Aku semua dapat
Allah..
Bila aku fikir semula
Betapa kurangnya aku bersyukur
atas kehadiran dan keberadaan ibu dan abah ku disisiku selama ini

Aku ada ibu
tempat aku mengadu
tempat aku meluah rasa
tempat aku merujuk
tempat aku menjadikan panduan
tempat aku mempelajari selok belok kehidupan

Aku ada abah
tempat aku berlindung
tempat aku minta pertolongan
tempat aku minta rujukan
tempat aku bersandar
tempat aku mendewasakan diri

Aku ada mereka
Sedangkan mungkin ramai orang diluar sana tidak memiliki apa yang aku miliki
Sedangkan mungkin ramai orang diluar sana tidak senasib dengan aku
Sedangkan mungkin ramai orang diluar sana tidak dilahirkan dalam keluarga seperti aku

Jujur
Aku rasa aku sangat kurang bersyukur
Allah...
Jika suatu hari nanti Allah mengambil mereka semula dariku tanpa sempat aku mensyukuri dan menghargai kehadiran mereka..
Amat malang dan celakalah aku...

Allah...
Sempatkan aku untuk membalas jasa mereka
Berilah peluang padaku menjadi asbab kesyurganya mereka
Jadikan aku anak yang berbakti pada mereka sehingga akhir hayat mereka

Biarlah aku tidak jadi siapa-siapa didunia ini, asalkan aku adalah harta dan jambatan mereka ke syurga

Allah..
Jangan biarkan aku lupa akan jasa-jasa mereka
Jangan pernahkan ia berlaku

Allah..
Aku memerlukan mu
Untuk mengingatkan ku
Atas kehadiran mu
Dan kehadiran mereka dalam hidupku

Allah redhailah mereka
Cintailah mereka
Bangunkan mahligai yang indah buat mereka disyurga firdausmu, mahligai yang dekat dengan mu dan kekasihmu




Humbly,
AH

1 comment:

Anonymous said...

Beautiful write up dear! I love all you writing. Keep going 😘