Instagram

Wednesday, June 03, 2015

Baiknya Allah

Dengan nama Allah tuhanku..
:-)

Aku nak cerita hari tu aku teringin sangat nak beli jubah hitam. Teringin sangat2 sampai scroll IG untuk cari abaya. Ada je yang berkenan tapi tak mampu nak beli. Sebab fikirkan duit tu ada untuk kepentingan lain. So, aku just scroll2 je. Agak seminggu laa aku dok teringinkan tu.
Alhamdulillah, tanpa disangka. Allah bagi aku jubah hitam dengan cari yang aku tak sangka langsung. Kawan aku yang baru balik jordan hadiahkan aku abaya hitam yang sangat cantik! Subahanallah. Subahanallah. Subahanallah.

"Maka nikmat tuhan mu yang manakah yang kamu mahu dustakan?"

Terima kasih, ya Allah.
Aku mahu beli tapi Kau kasi hanya Free.
Alhamdulillah.
Baiknya Allah tu, selalu je kabulkan doa2 hamba Dia. Walaupan ianya hanya bisikan hati sahaja.
Terima kasih, Allah.
Sayang Allah.

”…Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS. Ath-Thalaq: 2-3)

No comments: