Instagram

Wednesday, December 31, 2014

Calling All Believers


Tuesday, December 30, 2014

Surat buat Tuhan #1

Berbeza

aku kira hidup disini sangat berbeza, hmm.. jujur lain, aku.. hmm.. tak tahulah nak gambarkan macam mana.. aku terasa jauh, aku terasa sangat jauh dengan diri aku yang sebenar.. diri aku yang ingin dekat dengan tuhan.. aku riuh diluar tpi sunyi di dalam..

hmm..

Berubah

aku kira aku sudah berubah, hmm.. aku tak pasti adakah sisi yang aku lihat sekarang ini adalah sisi yang sebenar aku.. hmm, aku tak pasti perubahan ini menjadikan aku lebih baik di mata tuhan..

hmm..

aku tak reti nak mengadu seperti dahulu,
yang tahu rindukan Sang Perindu,
yang paling kurang riuhnya,
yang paling banyak zikir fikirnya..

aku rindu aku yang dulu,
biarlah dipandang lemah,
tapi tali aku dengan tuhan
tiada siapa yang tahu
eratnya


tuhan,
apakah salah aku pinta
aku yang dahulu
sedangkan malunya aku jua yang memohon
aku yang sekarang

tuhan,
tali aku dengan Mu
semakin longgar..
aku takut..
ia akan terlerai tanpa aku sedari..

tuhan,
bawa aku kembali
dekat ke dada rahmatMu
dekat ke dalam pelukan kasihMu

tuhan,
aku utuskan surat ini buatMu
tanda aku tidak mahu
untuk terus terusan jauh dari Mu
gelap sungguh malam ku tanpa cahaya Mu
suram sungguh pagi ku tanpa kicauan rahmat kasihMu

tuhan.....



Saturday, December 27, 2014

usah mencintai sesuatu


"jangan pernah mengaku kau mencintai sesuatu sedang ia tidak
dan jangan pernah mengaku kau membenci sesuatu sedangkan ia tidak"

huh.
paling sukar untuk fahami
situasi apa yang sedang berlaku ini

aku tak mampu katakan iya
apatah lagi tidak

barangkali,
aku dah serik,
aku dah malas,
aku dah penat,

aku tidak mahu untuk menjaga hati sesiapa
sebab aku takut, aku yang akan lebih terluka

aku tidak secekal yang di-onarkan,
aku menangis kuat, melalak deras

andai aku tolak,
andai aku tidak melayan
hati2 yang inginkan perhatian

aku mahu kau tahu
aku takut..

aku takut,
aku tersungkur,
entah kali keberapa
entah bangun semula ke tidak

ME


Friday, December 19, 2014

langkah


jauhkan langkah aku dari kamu..

dekatkan langkah aku pada Tuhanku..

dan jangan biar aku menoleh kembali..
kuatkan aku walau sesukar mana..
tegakkan aku walau sesakit apa..

kerana..

aku sudah tidak perlu sebab untuk terus menunggu mu lagi
terima kasih

ME

*Jumaat ini adalah permulaan baru aku disini*

Tuesday, December 16, 2014

Merindukanmu







aku..
tak tahu..

aku
tak mahu tahu..

sebab
aku takut
apa yang aku tak tahu itu
adalah perasaan aku


merindukanmu


ME

Friday, December 12, 2014

Nikon D5300

DSLR Nikon D5300

cita2 atau angan2 palsu?




hmm. 
doakan aku dapat ni sebijik. 
okey, maybe tak dapat yang jatuh dari langit.. 
aku harap,
one fine sunny day
aku mampu beli sebijik.. Nak weh!!


ergh..
hari ini aku edit lagu. PERGHH sumpah susah! aku rasa deria rasa dan jiwa aku hancus. 
Takde bakat langsung. huh!
Ngupenye jadi komposer lebih susah dari jadi director.

erk, yeke?
hhaaha


ME

Thursday, December 11, 2014

Keranda Hati #7

HARUMAN ITU

pagi isnin tu
kau lalu sebelah aku
aku tegak membisu
jantung terhenti negetif kuasa seratus satu

bau kau tu
buat aku
terlayu
terbuai
terkaku
terkhayal
teransang segala hormon adrenaline

erghhhh
kau ni....


*maaf ter-over*

ME

Tuesday, December 09, 2014

Apa yang aku tertinggal di Korea

Salam and greetings to all,

hmmm..

ramai yang dah tahu tapi lebih ramai yang aku malas nak beritahu. Antara aku dengan Korea memang ada connection yang kuat, tapi malangnya bukanlah dari sudut aku ni peminat tegar KPOP or Running Man or whatever included.

Connection yang kuat yang aku maksudkan
abah aku kerja kat sana dan menetap sementara disana

Its probably seems WOW
but after all, it made me feeling lost
and the most thing i've lost is the quality time being together with him

well, I grow dad
I dont want you miss a thing about me
the moment I get the first place or last
when I fall or break for the first time
when I stand after down
or anything

huh

so somehow, aku rasa Korea yang menjauhkan kami
tapi in other way round aku juga rasa Korea lah yang membuat aku lebih menghargai abah

and well
of course I've made myself to be there
but not this year because I was so busy and my life is so SUCK!
opss, sorry!

my mom and my adiks
are enjoying their holiday there while
I erghh stuck here
huh!

rindulaaaa

hm
Nak buat macam mana
hadaplah kan!

owhhkeey
dah

ME




skype jelaa yang terpaling mampu

Monday, December 08, 2014

Stress

Maaf entri ni dijana bertujuan untuk mengadu domba T..T

dari minggu lepas sampai ke minggu ni, aku rasa tersangat sangat sangat sangat stress au. Rasa nak nangis tiap malam dalam selimut dengan bantal kat muka. sobss sobss.

stress assignment menimbun, lepas satu siap ditambah-tambah lagi
stress dengan projek and event jawatankuasa.. hah yang ni padan muka sebab nak aktif sangat, kann.
stress dgn edit video, stress dengan ada dak2 ni, stress dengan relationship yang dh hancur, stress dengan family yang jauh, stress sbb rindu parents, stress dengan perangai manusia

STRESSSSSSSSSSSS!!!!

uuuaarghhhh :'(

ada satu malam tu, sebab rasa dah simpan banyak sangat, at last call tiqa (ex-roomate + bestfriend).. haa, amik kau, terengek-rengek aku nangis. meleleh-leleh segala air mata dan hidung.. luckily, dpt bestfriend yg soo much helpful mcm tu somehow rasa relief juga ar..

urmm..

so far jadi budak universiti ni, best tu adalah juga.. but still, challenges tu di mana2 dan semakin banyak sebab tanggungjawab dh bertambah.. dan yang menentukan ke mana arah hidup kita adalah diri kita sendiri. kitalah nakhoda, kitalah penumpang, huh!

*heavysigh*

well, aini

this is your life, this is your choice
whatever happens lets face it!

doakan aku :-)

ME

Monday, December 08, 2014

Keranda Hati #6

CENDANA BERNYAWA

Penggal pertama berakhir
hambar sejuta kali hambar
luahan tak kesampaian
bibit percintaan tidak juga bertaburan

ergh, ayat aku!
geli siak!!

entah aku terlampau buruk untuk dijadikan buah hati
barangkali

entah kulit aku terlampau berdaki untuk merasai sentuhan cinta kau
barangkali

entah otak aku terlalu berkarat untuk fahami aku tak selayaknya untuk kau
barangkali

entah
entah
entah

permulaan tidak muncul tapi pengakhiran sudah kelihatan

maka
apa yang terpaling aku mampu,
aku perhati akan kau
dari jauh
dengan sepenuh hati

huh!

ME

Saturday, December 06, 2014

Keranda hati #5


PERMULAAN LANGKAH

malam itu aku cuba
menghantar mesej,
ayatnya ringkas
sangat formal

tapi kenapa tanggan aku basah berpeluh
hati aku kencang berdegup
otak aku mengembang mengecut

kenapa aku terasa susah
untuk menekan button
penghubung?
apa aku sudah.....
ahh,
nak tanya kelas batal je pun
bukan benda hidup dan mati
haduh!
dah kenapa aku ni!

ahhhhhhhhhhhhhhhh

 *send*

---1 minit---

---2 minit---

---5 minit---

---10 minit---

---30 minit---

---1 jam---

---3 jam---

---5 jam---


huh
tak balas
tak dilayan
aku menangis kecewa
tapi cuma didalam hati
hormon "kenapa"
mula berlegar dipembuluh darah aku
dari hati speed up ke jantung
memecut laju ke seluruh corok badan

selimut
aku tarik ke muka
tanpa dipinta
air mata mula berderai
laju dan semahunya

betapa aku kecewa
dengan langkah pertama

betapa aku kesali
kerana bertanya

betapa aku terluka
harapan aku untuk mula mengenali dia
kecundang di awalnya

alangkah eloknya aku dengar
bisikkan sisi ego aku
untuk sembunyi dalam menyukai sesuatu

mengapa aku terasa
sedangkan cuma sekadar tanya
tentang pembatalan kelas
bukan soal hati ataupun perasaan
aku niii

huh
.
.
.
.

aku
keliru
sebenarnya

ME

Friday, December 05, 2014

Peluang penulis sambilan

salam and greetings to all

hmm..
Memandangkan belum ada rezeki nak dapat JPA dan sekarang ni terasa sesak la juga. Aku terfikir nak buat sesuatu benda yang dapat menjana ekonomi beg duit aku. Haha. Kalau boleh benda yang tak susah, I mean yang tak perlukan aku untuk bergerak ke mana2. Sebab as student first year aku tak ada transport nak gerak especially luar universiti.

Aku sangat prefer kerja yang melibatkan penulisan contoh macam menjadi penulis artikel di majalah ke, penulis buku2 puisi ke, kisah seorang penulis ke haaa something like that ar..

at least dapat support duit makan aku sebulan tu dah kira sangat bersyukurlah. So, kalau kalian tahu or even memerlukan orang macam aku, aku mohon sangat sangat sangat dapat email aku di (arkitekhati@gmail.com)

terima kasih awak2 semua.
kalau ada apa2 cadangan atau maklumat tinggalkan komen kat bawah or terus email aku eh.
Mohon sebarkan pada yang baik hati dan yang suka bantu orang.
Moga tuhan sayang awaaaaa
muaaahh ciked!!!!


ME

Wednesday, December 03, 2014

aku...huh...

tolong ah buat aku berhenti pikirkan kau
tolong ah buat aku bencikan kau
tolong ah buat aku tak sayangkan kau lagi

tolong ah!

huh!

huh
:'(

sudah tak pentingkah aku lagi?

kalau ya

sudah tak ada ruangkah untuk aku lagi?

kalau ya

sudah hilangkah memori yang pernah kita ada?

kalau ya

maka terima kasih
terima kasih
terima kasih

terima kasih
tinggalkan aku.............

:'(

Wednesday, December 03, 2014

Keranda hati #4


SEKALI APAPUN, AKU SANGGUP

biru gelap, merah dan maroon
ya ia silih berganti
warna yang tiap minggu berulang kembali
cuma adakalanya
kau teringin memakai putih
atau pernah sekali kau memakai hitam

tapi
aku jujur mahu akui
putih itu.......
yang buat kau terpaling menawan
diantara warna2 semua
ahhhh...
benciiiii!

kau
buat
aku
cair
dengan
ke-elegenan kau

tapi,
yang terpaling aku cair
adalah
senyuman kacak kau di malam itu
percayalah
sekali apapun warna baju yang kau sarungkan
pada susuk badanmu,
tanpa senyuman dan lirikan matamu
ia tiada bernilai


aku sanggup cair berulang kali cair
semata untuk sekilas pandangan curian aku,
buat kau
aku sanggup
untuk senyuman itu
aku sanggup
untuk lirikan itu

kerana
aku mula mahu
ia jadi milik aku
satu masa nanti

ME