Rajuk

September 16, 2014

Memang ada masa aku terasa aku tidak sebegitu bermakna bagi kau.
Memang ada masa aku terasa aku langsung bukan siapa2 untuk kau.
Memang ada masa aku terasa kalau kau menjauh, memang itu niat kau.

Huh.
Mungkin ada masa
Aku yang terlebih emosi
Sedangkan kau biasa2 sahaja

Aku tak tahu.
Mungkin kau dah jumpa kehidupan baru.
Sedangkan ia cuma beberapa minggu.

Aku tak tahu.
Mungkin aku sendiri yang salah sebab terlalu lemah untuk belajar yang kau tak sentiasa ada.
Kau juga memerlukan masa untuk diri kau.

Aku bukan mengalah
Cuma aku tak kuat
Untuk belajar
--kau bukan selamanya untuk aku

Entah.
Barangkali aku cuma merajuk dan nak dipujuk.

Me

You Might Also Like

0 comments

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan