Perempuan Bodoh

May 22, 2014

#puisi

dalam diam
aku kumpul kekuatan

dalam diam
aku masih mencari harapan

dalam diam
aku menagih jawapan---
apa salah aku?

aku perempuan bodoh yang menagih kasih kau

aku perempuan bodoh yang peduli jatuh perit kau

aku perempuan bodoh yang menangis rayu pada ibu kandung kau

aku perempuan bodoh yang tak punya malu hanya semata mengikut kata hati aku

aku perempuan bodoh yang tak punya cermin--
untuk lihat siapa aku

aku perempuan bodoh lupa kau dah punya segalanya

kau tolak aku
kau buang aku
kau remeh aku
sebab aku perempuan bodoh

terima kasih--
sedarkan aku--
aku perempuan bodoh yang tergila akan kau

perempuan bodoh itu tak akan berpatah semula
dia sudah pandai berjalan tanpa perlu menongkat cinta kau--
mahupun sesiapa

perlukah kau terkejut aku boleh hidup tanpa kau?

inilah perempuan bodoh yang tak akan kau kenali lagi

ME

You Might Also Like

5 comments

  1. Assalamualaikum...
    harap nukilan semata2..
    jgn sedih2.. :)

    ReplyDelete
  2. mcm semcm puisi ni..eppy2 slalu ya..

    ReplyDelete
  3. Penuh emo!
    I can feel you sis

    ReplyDelete
  4. Wujudkah perempuan bodoh itu? Kesiannya dier. Btw, nice one! Love your writing

    ReplyDelete
  5. Xbodoh cuma bengong sikit. Haha

    ReplyDelete

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan