Instagram

Monday, May 20, 2013

Kaku

Dalam sejuta perkataan yang mampu mengungkapkan satu perasaan,
KAKU adalah perkataan yang paling cocok.


menginap ditempat yang terpencil di dalam hati,
diam bersendiri, menanti jawapan yang pasti..
dari Si Empunya diri


aku bukan tak bisa,
tapi tak mampu..
kerana aku bukan miliku


aku mahu luahkan,
tapi takut kehadiran tak diterima
maka lebih baik diam bersendiri
menanti minit yang sesuai
menanti detik yang bakal telerai


Oh Tuhan,
jadikan aku seperti Fatimah!
biarpun dia tidak seperti Ali..
meskipun tidak terluah
tapi dia mengerti dan merasai
kerana Engkau Tuhan yang memengang hati


Tuhan...

Tuesday, May 14, 2013

bulatan ukhwah

26/4/13 aku telah dipelawa oleh sahabatku, Iffa untuk terlibat dalam satu usrah yang dianjurkan oleh dia sendiri di KLCC Park.. bagiku, pesonally, ianya satu pengalaman yang sangat menarik..

"Pengalaman itu bukan sesuatu yang diungkap, tetapi di hadapi"

aku tidak pernah rasa berada dalam satu kumpulan yang mana tujuan berkumpul adalah kerana Allah.. ini kali pertama dan pertama kali..heh..segala atur cara telah dirancang baik, barangkali yang Di Atas turut mengatur sama..

image BERBEZA

perjalanan dari Bangi ke KLCC banyak menduga aku..mungkin kerana ianya perjalanan pertama aku bersendiri, tanpa keluarga..

Kuala lumpur banyak berubah, maju dan moden.. aku bagai rusa masuk bandar barangkali..ahaha! penggunaan LRT, keretapi yang menjadi keutamaan..membuat aku tersesak dalam lautan manusia, padat dan sempit!

tapi aku endahkan perasaan gusar yang mendatang kerana ia pengalaman baru yang perlu dipelajari.. manusia sedang membiak pesat!! hah.

kehadiran ku di KLCC bukanlah kali pertama, tapi nyatanya dalam sekelip mata banyak perubahan yang telah berlaku..

'inikah Malaysia tanah air ku?' hairan hati kecilku..
kelihatan bangsa asing telah mendominasi ibu kota.
huh! aku terasa asing di tanah air ku sendiri..

"weh, takpayah nak pergi oversea carik mat salleh..kat sini berlambak..tinggal pilih jer" seorang sahabat bercanda..

image BULATAN

berada dalam kelompok yang baru membuatkan aku berusaha untuk menyesuaikan diri..kejanggalan terasa bila pertama kali bersua..

tapi aneh, hanya beberapa ketika...kami mampu bergelak ketawa, berkongsi cerita, berbual sesama seperti sudah lama berkenalan, rapat dan akrab!!

barangkali magis kemanisan ukhwah telah mengena..awww

disaat angin sepoi bahasa datang menerpa membawa rahmah yang tiada terhingga.. masyaAllah, terasa bahagia sedang menyulam dibenak hati..

teringat seorang sahabat pernah berkata, "Kalau kamu tidak mampu mencari bahagia sendiri, maka carilah sahabat..barangkali dia bisa membahagiakan kamu"

hmmm..ada benarnya :)

image BERTEMU BERPISAH

banyak yang ku perolehi ketika berada dalam bulatan ukhwah itu.. barangkali bukan kerana ilmu, aku terpikat, tetapi akhlak..yea, tingkah laku mereka menjadikan aku rasa disayangi!

ouch! :')

mereka menyedarkan aku dalam persahabat itu ada roh.. jika bersahabat kerana Allah maka roh itu terus hidup dan menghidupkan..jika tidak, maka berlaku sebaliknya..

namun dipenghujungnya, kami terpaksa berpisah..tapi bukan untuk selamanya, jika tidak bertemu di dunia semula, barangkali di akhirat kelak, di syurga Allah hendaknya..

aku berharap..
semoga mereka pun begitu..

sahabat yang baik dia akan ada dimana-mana dan bila-bila diperlukan..Tetapi, sebaik-baik sahabat bukan yang sentiasa menemani jasad sahabatnya, tetapi yang sentiasa menemani sahabatnya dengan doanya kerana doa dari sahabat untuk sahabatnya, tiada hisab meskipun diliang lahad sahabatnya ditempatkan :D

image jumpa lagi..... 

Monday, May 13, 2013

adiku berjenaka..

adik aku kata

"Kak, nanti hang sambung belajaq..bilik hang tu jadi aku punya yer..semua barang dalam bilik hang tu aku akan jaga seperti barang aku"


*sengeh2 sambil angkat kening*


dalam otak aku,

'hang ingat aku akan blah macam tu je ke?? sebelum keluar dari rumah aku akan make sure bilik aku mcam nie'


p/s: dia ingat aku tak tau camner dijaga barang dia..nice try, dek oi!

Tuesday, May 07, 2013

fuh!! pru dah habis, flu mendatang

Bismillahirahmanirahim..

hai!!

dah lama tak update entri baru..banyak cerita nak kongsi nie..okey, aku cer try cerita satu persatu..insyaAllah.. sila baca dengan penuh khusyuk ;D

 LESEN KERETA

Alhamdulillah, setelah berkali-kali gagal dalam ujian praktikal..setelah berbaldi-baldi air mata dicurahkan.. setelah berkabung selama sebulan akibat kuchiwa yang tidak tertanngung..akhirnya, aku berjaya melepasi detik2 genting itu...alhamdulillah!! ngehehehe

honestly, perjalanan aku dalam mengambil lesen Kereta nie sungguh berliku-liku.. aku telah tersungkur berkali-kali, tapi bak kata aku -,-' "Allah aturkan kita jatuh supaya kita belajar untuk bangun"..and well, aku bangkit dan terus melangkah..dan akhirnyaaaaaaaa.....GOLLLL!!!!

hahaha!

aku dua kali re-test JPJ dan dua2 kat parking..sehingga aku sendiri mengelarkan diriku Raja Parking..huihuihui..

walau apapun, alhamdulillah!! akhirnya aku lepas juga.. tapi aku rasa, nie kira rezekilah..sebab masa hari test hari tu..boleh pulak kebetulan hari jadi JPJ yang jaga parking..dan beliau tersangat cool giler sehingga aku rasa nak minum cool blog tau..ngeee :D

masa taklimat, JPJ yang jaga parking/3 penjuru tu dia siap cakap  "Hari ini hari jadi saya, saya nak semua orang lulus!"

and seriously, memang dia bersungguh bantu budaxz2 test untuk lulus.. aku rasa tabik dan terharu  giler!! huhuhu...semoga Allah berkati hidup beliau..

 PERSIAPAN KE MATRIK

seperti yang aku update kat facebook page, insyaAllah aku akan melangkah kaki ke matrik!

nak tunggu keputusan UiTM untuk kejurusan yang aku mohon tu lama lagi..dalam bulan 9..jadi aku taknak buang masa..aku rasa otak aku nie dah beku dan bebal tau sejak tak jumpa cikgu dan ngadap buku..

so, insyaAllah 27 Mei nie aku akan melangkah kaki ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. semua bahan aku dah print out..

buku dan kad BSN aku dah buat.. tinggal untuk package barang je..

doakan aku yer..

ada orang tanya andai kata aku dapat tawaran Uitm tu acana??..

urmmm, huh!

nanti aku pikirkan semula..ergh! tengok dulu macam mana perjalanan aku di Matrik.. kalau boleh survive, aku nak teruskan..

 RESIGN

huh! nie part yang paling sedih! aku sebolehnya tak nak cerita..tapi, huh! nak tak nak..I need to make a decision.. insyaAllah aku akan meletakkan jawatan sebagai pembantu klinik 17Mei nie..

bekerja di Klinik tu sangat seronok..meskipun aku hanya buat kerja part-time..tapi, aku belajar banyak perkara..terutama sekali mengenai bersosial dengan orang..belajar menerima arahan..belajar untuk bekerjasama..belajar untuk bertolak ansur.. belajar untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih tua..

alhamdulillah..

it's just a great memory I've never felt!! Allahu akbar!! its hard to say because its something that I can't see with my eyes, I can't touch with my hands, I can't smell with my noses BUT I know its there..I can feel it with my heart!!

I've started to love them as much as they will never know.. huhuhu...

sobs sobs sobs

okey, stop it!

weh! serius, aku tak tipu!! hati aku memang sedih untuk meninggalkan pekerjaan nie..meninggalkan kakak2 ku..meninggalkan kenangan yang sudah terlekat dihati nie..


may Allah bless this friendship.. sayang korang sokmo :)

till then..
XOXO