ah! Aku Engkau jauh berbeza

April 19, 2013

Hadirmu di singgahsana hati
mengalir tanpa arus
berdiam tanpa deru
hanya berbekas dan bertapa di dalam hati

ah! Aku Engkau jauh berbeza

tiada pertemuan, tiada pertentangan mata
namun Engkau tetap di singgahsana
tidak berganjak apatah sehasta
menanti diri untuk tersedar

ah! Aku Engkau jauh berbeza

siapa aku, siapa engkau
untuk menyata 'layakkah?' pada si empunya
siapa aku, siapa engkau
untuk mendustai takdir yang terlakar

ah! Aku Engkau jauh berbeza



biarlah
biarlah
biarlah

yang jatuh, pasti akan bangkit
yang jauh, pasti akan berpaut
siapa sangka pada rancanganNya
sepayah mana, janjiNya akan terlaksana

percayalah~

-aini shahroni 19/4-

You Might Also Like

5 comments

  1. assalamualaikum...adik aini, lama kak x snggah sini. sorry sgt2. how are u, my dear? apa cita trbaru skarang ni?

    ReplyDelete
  2. @TeTerBanG hehehe..alhamdulillah, sihat kak..citer terbaru..urm, banyak kowt..sedih ada gembira ada..akak?

    ReplyDelete
  3. @aini shahroni kak pon, alhamdulillah...kak besa2 ja. ada sedih ada gmbira? kak nak tnya lebih2 pon, rasa mcm jga tepi kain adik. hee~ btw adik, nasihat akak- di sbalik setiap apa yg jadi dlm hidup kita, ada byk hikmah dan rahmat. redha, sabar, dan doa kunci kekuatan kita nak hadapi kesusahan/kesedihan.

    ReplyDelete
  4. wah!! cipta sendiri ke ni?
    berbakat rupanya aini ni ye :)

    ReplyDelete

Thank you for leaving some comments here.

Hearts

Loves

Travel lists

Singapore
Brunei
South Korea
Aceh, Indonesia
Jakarta, Jogja, Bandung & Palembang, Indonesia
Mekah & Madinah
Japan