Instagram

Monday, December 31, 2012

A little step, then.......

Bismillahirahmanirahim..


bertemankan lagu Najwa Latif- AdaMu, jejari ini rancak menari-nari dilayar pad kekunci...

*perghhhh, ayat aku memang gempak ar* hahaha..ok abaikan!

kali nie, kita kena serius!! *menaip dengan dahi berkerut 18 lapis* jangan ada sengeh-2 ala kerang maktemah yang dah busuk..

semalam aku ada titipkan pesanan kat blog nie BAHAWASANYA hari ini (Ahad) aku akan menduduki ujian berkomputer...sadis sungguh aku nak kobarkan..sadis!! rasa nak merembes 10 baldi air mata aku nie..huh.. korang tengoklah sendiri result dia mcam mana.. susah aku nak kata..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taaaarrraaaaaa..

jadi tak sinetron Melayu aku??! hehehe...Alhamdulillah!! rezeki dari Allah yang Maha Esa.. ini juga berkat doa Ibu n Abah aku..dan tak lupa semua orang yang sudi mendoa dan menyokong aku..*termasuk awak yang sengeh2 tue*

'elehhh, baru ujian komputer..itupun nak tayang satu dunia..ppeerraahhh!!' haakk tuih...

amboi manis sungguh bahasa! seriously, aku tak pernah try drive kereta..setakat pegang stereng tu adalah..other than that, langsung xpernah..I'm Zero! sebenarnya, aku tak nak amik lesen kete apatah lagi motor..sebab iolss takot noks!!

tapi, EGO aku tercabar bila abang aku "seolah-olah" mencabar ke-macho-an yang aku tak tahu bawak kete.. dengan hati yang berkobar-kobar ingin membuktikan "imposible is nothing", then aku pun menjerumuskan diri untuk mengambil lesen kete..thankslah pada abang aku tue.. kalau tak kerana trick dia takdelah aku seberani ini..yeah!!

"tak kan sampai bila2 nak suruh ibu hantar pergi mana2, menyusahkan orang"-ayat abangku yang berjoget-joget dalam kotak otak aku..haha..

dannn, aku adalah bakal pemegang lesen 'L' pasnie..inshaaAllah ^____^ hoorreeyy!! *lompat2 macam budak 4 tahun dapat lolipop*

boleh practise bawa kete AbangJa (avanza) mak aku tue..muehehehe...jom kita ronda satu M'sia!! hahahaha*evil laugh*

Jom Kemas Bilik!!!!!!


Ibu aku yang baik hati lagi comey macam aku belikanlaa cadar katil baru untuk anak kesayangan dia yang paling comey dan takde yang secomey dia..bahaha.. *muak aku dengar perkataan comey tu banyak kali*

so, let's have look ROOM MAKEOVER! *makeoverlaa sangat padahal tukar cadar jer*


ada rasa pelik tak? Cik Aini bukankah suka sangat dengan warna pink?? kenapa cadar katil warna kuning?? *curios*
aku suka giler dengan cadar nie.. sebab ia sarung terus pada tilam..maksudnye, tilam tu dalam cadar..ia dibaluti..senang nak kemas..tak perlu tarik sana..tarik sini..pastu tak panas..

by the way, FYI.. ini bilik aku sorang tau.. aku tak kasi/ tak nak kongsi dengan adik aku..even mak aku dah belikan katil queen..muahahaha..

 bantal dan conforter berada disatu side..dan satu side lagi tempat aku study, biasanya bahagian tu banyak buku..tapi takkan nak tunjukkan pada uiolls kan?? lagi pun almari buku aku kat sebelah jer (selain buku sekolah)
nah, hambek!! *membaca itu jambatan ilmu*-pesanan ringkas dari QWERTYUIOP

Aku jenis yang susah tidur malam, so mereka2 inilah yang membantu aku untuk melelapkan mata.. ^__^ 

jeng jeng jeng!!!!! say Hello to my friends!


nampak tak kebijaksanaan dan kebaik-hatian dan keprihatinan Ibu aku memilih cadar baru..one set.. and semua anak patung tu (kecuali hello kitty) Ibu aku juga yang belikan masa aku kecik! tetapi hanya bantal upin&ipin, itu abah aku yang belikan *aku yang minta* masa tu aku tingkatan 3...sebanrnya aku ada banyak anak ptung tapi hanya mereka ini jer yang berjaya aku selamatkan sebab dulu berpindah-randahkan..and last, hello kitty tue ada someone yang kasi.. 
*jgn tanya sape*

BAJET NAK TAYANG PAKAI IPHONE LETTUW....
Iphone pemberian parents aku tu dah rosak..sodeh eden nak kobar..huhuhu..*hang pahai ganeh sanghat!* enset Pink LG tue, enset pertama aku yang aku beli dengan duit raya aku masa aku form 1..still awesome tauu..

thanks for reading this entry!
drop your commnet here!
lots of love!
XOXO

Sunday, December 30, 2012

Zyraoxx's Blogbuster

Bismillahirahmanirahim

-jong-jong inai, mak impong rajawali, jong-jong inai mak impong rajawali, sepak tunggul inai berdarah ibu kaki-

haish, aritu nyanyi nasyid..sekarang kugiran pulak dah..mak aih!! paroh tahap cicak nie..

-SILA ABAIKAN PEMBUKAAN PERENGGAN YANG MENGARUT TU-

Tadi, aku terpandanglah entri blog Bratha "Nakhoda Nurani".. diulangi TERPANDANG yerr.. bukan bernawaitu untuk stalk okeyyyyyy!! lalu adinda ternampak kekanda itu menjoinkan diri dengan segmen ZYRAOXX'S BLOGBUSTER..

mula2 ingat dia nak ber-hang-lipur-lara tentang dinosor tau..sebb macem bunyi T-REX laa pula..*adeker?* so dengan perasaan yang membuak-buak ingin tahu *sampai terjuling-juling mata adinda* maka aku pun pergi ke blog kekanda itu.. lalu membacanya dengan hati berbunga-bunga..haha

bila hati mula ditumbuhi bunga matahari tidak semena-mena jejari ini terkelik banner yang tertepek diblog kekanda itu..maka, terperangkapla rohani, jasmani, emosi adinda di blog SIS Zyra..

karana, perkataan BlogBuster itu sangat mengetar jiwa raga adinda...*keeeebbbooommm*..
maka Adinda teringin untuk menghancur-leburkan jejari adinda untk join segmen ini..yeahhh...
arakian sudahTAMATLAH kisah si pengembara adinda ke blog yang tersangatlah WOOOAHHH!!

-BERAKHIRLAH SUDAH KEGEDIKAN AKU YANG MELAMPAUI BATASAN SEBAGAI MANUSIA YANG NORMAL-

sesiapa yang nak menjoinkan diri, boleh kelik ramai2 banner yang aku rasa macam nak cabut dari blog nie dan print lalu letak didalam kotak rahsia aku..jelly iolls tauuuuu!!

jangan lupa join segmen pertama saya Segmen: Apa Kata Mereka?? dan doakan saya nak duduki ujian berkomputer esok!!

thanks for reading this entry!
Drop your comment here!
lots of love!
XOXO

Friday, December 28, 2012

NAK NAIK KETE-TAPI..

Bismillahirahmanirahim..

Have you been hearing when a little girl asked her parents that she wanted to ride a train??! I'd just heard it this morning...*korang jangan tak mengaku yang korang dulu pun macam ini yer*

mungkin bagi sesetengah orang permintaan si kecil ini adalah perkara biasa yang tidak perlu diendahkan.. tapi, hari ini aku telah membuat satu penggembaraan dari UKM ke Bandar Tasik Selatan dan berpatah balik semula ke UKM dengan menaiki KTM (keterapi tanah Melayu) demi memenuhi kehendak si kecil ini!

sebelum itu meh aku perkenalkan de'main role of this expedition!!

nielah puteri diraja yang nak sangat naik kete-tapi!!

actually, everything was accidentally.. asalnya Mak cik saya  nak dropkan kawan dia kat stesen kereta api nie..tiba2 si Amira nie "Ummi nak naik kete-tapi!! Ummi nak naik kete-tapi!!" she 'yelled' again and over again..ditambah pula dia ditulangbelakangi penyokong tegar yakni adik dia sendiri..akhirnya, we made a decision to agree with her 'desire'

my aunt and her friend..and si cilik Rahmah
we were waiting for the train..
and finally..........
sengaja posing macam gituww
maka, kedua beradik itu pun gumbira tak terkata..maka, kami pun tertawa melihat keletah mereka.. maka, arakian sesungguhnya kedua beradik itu teramatlah suka sehingga kesemua bilangan kerusi hendak didudukinya...

*amboiiii, prosa klasik sungguh gaya penulisanku!* bahahaha


maka tamatlah sudah pengembaraan kami semua.....sekiannn..




opss!!
belum habis lagi....

bagi aku (yang dah lama tak naik komuter) KTM dersawasa ini *cehh BM bombastik sungguh* banyak juga perubahan yang dah berlaku.. bagi aku it's quite comfortable laaa...kan sekarang nie disediakan koc untuk wanita.. jadi aku rasa, it's very nice for me yang sangat shy nie...ehikhikhik *gelak kepit*

tapi adalah juga pontan (pondan + jantan) yang tak paham bahasa..terang-tang-tang kat cermin tu tulis "KOC UNTUK WANITA SAHAJA" tapi masih ada pontan yang nak duduk kat situ..tapi takpe, as long as mereka boleh bertolak ansur bila nampak wanita nak duduk..iolss okey jer..KEEP IT UP MALAYSIAN!!!!!!

sebenarnya banyak komplikasi semasa pengembaraan kami nie..contohnya macam, kita orang nak turun kat kajang saja, tiba2 rasa tak puas..so we deciced nak berhentik kat KL sentral..tapi rasa mcam jauh sangat..at the end kitaorang berhentilah dekat B.T.S...walhal tiket beli sampai Kajang jer.. *ahakhakhak..alamak terbocor rahsia sudah!*

walauapa apapun, KTM sangat best dan selesa!
then we back off..


petang tu pula we planned nak bermandi-mandian dekat kolam Presint 16 di Putrajaya.. masa nak sampai tu tiba2 hujan.. nak watcamne kan..hujan pun rezeki juga..tukar rancangan..mandi malam, dekat Kolam Renang di Kompleks Kejiranan Presint 11..

seriously, tempat tu sangat cantikkkk!!!

kannnnnnnn????


terasa seperti berbulan madu pulak...ahaks!! tttooottttttttt!!!! *blueks*

dan disini banyak juga kemudahan yang disediakan, seperti;

Kedai Makan (S) banyak pilihan tauuuuu...

Ruang Solat yang selesa!
ada taman permainan dan bermacam-macam lagi *boleh jadi duta nie!!* hehehehe

jadi sampai sinilah expedition aku satu hari suntuk nie...sebenarnya, penat sangat!! tetapi apa yang aku nak HIGLIGHTkan ialah banyak hikmah kita ber'gathering' dengan keluarga selain merapatkan hubungan kita juga boleh mengeluarkan cas electron (benda negetif) dalam badan dan me'release'kan tension....jadi amalkanlah selalu yerr... *pesanan ringkas dari Doktor Sakit Jiwa*bahahaha
thanks for reading this entry!
Drop your comment here!
lots of love!
XOXO

Wednesday, December 26, 2012

Segmen: Aku dan Blog

Dimulakan dengan Bismillah..
Disudahi dengan Alhamdulillah..
Begitulah sehari dalam hidup kita..
Mudah2 dirahmati Allah~~~~
nananalalala~~

ecehceh.. dah pandai nyanyi lagu nasyid Cik Aini nie yerr..

*tengok jam*
HHAAHH??!! dah pukul tiga pagi??!! homaigod!! *okey Cik Aini, tak payah nak buat muka terkezut sangatlaa..sekali kena PANGGG kang*

sebelum tu meh aku tepek banner dulu..


hambek!..hehehe..

sebenarnya, aku dah lama gak tak join segmen, sebab kemalasan neuron transmitter aku untuk mengepos maklumat kepada brain..dan ketidak-efisyenan sel2 nerve aku berfungsi dengan baik..MAKA DENGAN INI, demi azam aku tahun baru nie nak lebih mengeratkan silahturahim dengan kenalan blogger..that's why iolss join..ehiks! *semagat*

ayat tak perlu nak skema sangat..sebab tengok banner bratha nie yang cukup relax dan cool..SO, uiolss pun bacalah entri nie dengan penuh santai dan tenang *hentuk kepala kat dinding*

Permintaan Datuk Bendahara Paly yang pertama.

pengenalan diri a.k.a Biodata pelajar

nama aku NurainiBintiShahroni @ AiniHawani.. Aku merupakan penganggur sementara @ lepasan SPM.. Budak yang paling cute dalam rumah aku *mutah 18 baldi*..sangat suka teddybear @ capucino.. *menayo*



Permintaan Datuk Bendahara Paly yang kedua.

kenapa aku buat blog

sebab ini adalah salah satu cara untuk aku mengexprestasikan pandangan dan pendapat aku..selain itu, berkongsi serba sedikit kehidupan aku yang penuh kecerian seperti kanak2 ribena kepada mereka yang sudi membaca blog aku*aku nak jadi budak kecik lagiiiii!!!*

Permintaan Datuk Bendahara Paly yang terakhir.

5 Blog yang paling aku gemari (sebenarnye banyak giler!)

okey itu sahaja titah madat yang ingin aku persembahakan.. moga2 tuan hamba sekalian terhibur hendaknya..
wuakahkahkah.. *evil luagh*
thanks for reading this entry!
Drop your comment here!
Lots of Love..
XOXO

Wednesday, December 26, 2012

awak memang baik Tuan Haji Nuffnang!

Bismillahirahmanirahim..

assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh......*sila baca dengan sata harkat*

guess what??!!

Ainiiii dah dapat status Glitterati dari nuffnang.. glitterati??.. apakah itu?!!  urmm.. ce kome search kat Pak Guard Google..kawe tak dapet nak terangkan secara detail.. tapi yang kawe tahu, dengan adanya status ini, kawe dapatlah up kan hasil pendapatan kawe..


alhamdulillah.. itu semua rezeki yang tidak diduga...

dan yang paling penting, status ini adalah hasil dari sokong dari kalian semua yang sudi bertandang ke teratak saya, yang jadi silent reader blog saya dan yang jadi follower diblog cabuk nie...terima kasih bebanyak! meh kiss pipi sikit....*muahhhhhh kanan...muahhhhh kiri*

'baru dapat status glitterati dah nak poyos.. habis satu kampung nak dihebohkan'

hahaha.. biarlah kome nak kata apa.. yang penting kawe happy...

terima kasih untuk kesejuta kali pada Tuan Haji Nuffnang sebab sudi bekerjasama dengan saya..harap2 hubungan kita nie dapat diteruskan sampai bila2..

so, antara azam baru saya adalah dapat berkenalan dengan ramai blogger diluar sana.. I hope! I hope! I hope!

bagi mereka yang tidak mengenali saya, saya ucapkan selamat berkenalan ^_____^  dan selamat datang ke dunia ::Arkitek Hati::

I'm just an ordinary girl! everything in here is just a part of my life.. kalau kalian suka, kalian baca.. kalau tidak suka, sila diam sahaja.. kalau nak komen juga, gunalaa kata2 yang memberi kebaikan, okey!!

'someone told me, am I quite porpular in this blogging world...

so this is my answer,

weh mengkome semua! kalau takat follower beberapa ratus tu apalaa sangat...banyak lagi blogger2 yang hebad diluar sana..kawe nie banyak lagi yang nak kena belajar..umur baru setahun buah naga tau..tapi, kawe bersyukur sebab banyak dapat feedback yang baik...arigato!

orang kata "what you give, you get back"

jadi, kalau kita hargai penulisan orang, orang lain akan menghargai hasil penulisan kita..inshaAllah...
dan lagi satu, kita menulis nie janganlah asyik nak fikir untung sahaja..jadikan perbuatan kita nie sebagai bekalan kita di akhirat kelak..inshaAllah..

thanks for reading this entry!
Drop your comment here!
lots of love!
XOXO

Monday, December 24, 2012

paham2 jelah!

Bismillahirahmanirahim..

hay awaks yg sedang membaca..

aku sebenarnya tak berapa berkenan pada orang yang besikap "paham2 jelah"
maaflah kalau ada yang tersentap, terasa, teersinggung, tertonggeng dan segala 'ter'

entri nie aku tak tujukan pada sesiapa, it's random.... what I think, I write..
hermm...and it's just my opinion.. kalau korang tak suka, tak yah baca ^___^

'apa kau merepek nie aini?'

'cakap berbelit-belit'... boleh seterit to de'point??!


pernah tak jumpa orang yang nak minta tolong kita tapi dalam erti kata yang sebenar dia mengharap kita paham yang dia nak minta tolong dari kita TANPA dia bagi tahu apa2..

senang kata, "kau buat kerja ni, tanpa aku suruh" "aku tak minta tolong, tapi aku nak kau buat"

atau lebih kurang;

"takkan tak paham2 lagi, dah besar panjang itu pun nak kena cakap..paham2 ajelah"

but hello!!! macam mana orang tu nak paham sedangkan benda yang kau suruh dia buat, bukan sesuatu yang dia selalu buat...

biasanya orang yang ada sikap "paham2 jelah" nie, mudah melenting bila orang yang dia 'minta' tolong tu tak buat apa yang dia nak or maybe tak buat 'sesempurna' mungkin seperti mana yang dia kehendaki..

aku rasa ini adalah satu penyakit juga.. tapi ianya boleh diubati jika komuniti Malaysia nie mengamalkan sikap berinteraksi secara berhemah..

bukan semua orang paham bahasa tubuh, bukan semua orang paham kata2 tersirat, bukan semua orang alert dengan sesuatu permintaan yang berunsur arahan..

jadi, cubalah menangani masalah ini dengan bersangka baik..mungkin, orang yang kita beri arahan itu tak paham arahan yang kita bagi.....mungkin juga, dia tidak dengar arahan itu dengan jelas..or maybe they have their own reason..what else can we do unless husnuzhon!

TAPI!!

aku takdelaa nak berdiri disatu pihak... sebab mungkin disatu sudut yang lain, orang yang bersikap "paham2 jelah" ini cuba untuk mengelak dari bersifat redundant..maksudnya suka mengulang-ulang cakap..

atau lebih GLAMOR, suka membebel...

urmm.. that's something to think about!

soft-talked is needed in this circumstance.. maybe we can't please everybody, but at least we don't burden them with our buisness..

thanks for reading this entriy!
drop your comment here!
lots of love!
XOXO

Sunday, December 23, 2012

Oh Mak Kau!!

Bismillahirahmanirahim..

I'm sooo tttiirreedd!!! plus, hungry!!
eh, jam dah berdetik ke pukul 2 pagi??.. herm, nak makan apa pagi2 buta nie..nanti HANCUSS pola diet iolss..bahahaha..

pagi tadi, I was sitting "CERAMAH 5 JAM" for my driving class.. hahh? Cik Aini amik kelas memandu?? BIAR BETIK???????....=,=" erkkk.. kenapa tak cayo?? korang ingat aku nie lembik sangat ke?...

sebenarnya, aku telah diugut untuk menggambil lesen memandu tau.. apalah dayaku untuk melawan ugutan tu..sobs..sobs.. *okey, tolong hentikan propaganza kau tu Aini.. meluat aku tengok*

so, I was fetched by my Along's friend about 7 o'clock at my home laa..abis kat mana lagikan? aku ingat dekat tau.. rupanyaaaaaaa, sampai kat KLIA aku dihumban..hahaha.. nie, iolss nak cerita nie, takde niat untuk merasa bangga apatah lagu berhidung tinggi *dasar hidung penyek kowt* hari nie, first time, aku berjaya berguling-guling dalam kereta idaman malaya aku, WHITE CAMRY!

krikk, krikk!

okey tak menarik langsung! tapi bagi aku, itulah kenangan yang paling indah dalam hidup ku....aku siap verangan, yang aku drive kereta tue...nasib baik kakak tu tak perasan yang aku tengah senyum mengalahkan kambing yang bersalin anak bongsu..bahahaha..kalau tak malu iolsss..


BUT!! yang buat aku kecut perut, bila kakak tue speed up sampai 130km/h... mak aih!! rasa nak tercabut nyawa mak nie noks!! dah tue, she used line yang ketiga, aku adalah juga rasa macam VVIP bila semua orang bagi laluan kat encik White Camry nie.. tapi, macam VVIP yang tengah nazak kowt!! bahahaha..maybe kakak tu tengah rushing.. lagi pown diakan orang driving school,  mestilaa handal mengendali kereta.. yang ini aku tabik!

so, sampai sana, segala urusan aku, kakak tue yang bereskan.. aku tinggal goyang kaki ala-ala mak datin..muahahaha..VVIP laaaa sangat!

and, I met a new friend.. Aina.. okey sangat lettuw, aku Aini, dia Aina.. macam ada chemisty, physics and bio..bahaha..motiplaakan..BY THE WAY, aku pergi ceramah nie sorang2 tau.. nampak tak ke-independent-an aku!! aku tawakal je.. sebab aku rasa, sooner or later, I have to manage my life by my own.. dan aku yakin ramai je orang baik hati kat luar tue, yang sudi melayan karenah dan sumpah seranah aku.. hahaha..*INI TIPU*

kalau Aina baca, Aini nak cakap thanks bebanyak sebab sudi berkongsi kasih dengan Aini selama 5 jam.. *ayat nak gempak jew* dan sudi hulurkan beberapa butir gula2 kat Aini untuk mengurangkan stress ke-ngantukan tahap ayam.. Much love...XOXO..


duduk dalam kelas tue, setan ngantuk tak habis2 nak goda aku...nasib baik ada Aina, kalau tau.. memang dah berdengkur dan siap buat petalaa cik Aini nie..


sempat juga mendoodle disamping mengurangkan kandungan air liur basi yang bakal terkumpul..hahahaha.. eyyiiuuwww!!!!


I was  provided with this book...nanti nak kena study balik..  



yang baju pink tulaa Aina... dalam kelas nie, lebih kurang ada 50 orang bakal pemandu yang berhemah dan salah satunya termasuklaa aku....ceeeenngggg..poyo tak..


lepas nie nak aku akan duduki ujian komputer..tapi tak comfirm lagi bila tarikhnye.. urmm.. nak study dulu kowt.. maybe next week..inshaAllah..
tapi ibu aku ada cakap gak nak pindahkan aku kat area bangi.. sebab ayah aku tak kasi pergi jauh2..
'ibu abah, sooner or later, Aini akan berjauhan dengan kalian juga'
aku tak kisah sebenarnya, mana yang baik untuk diaorang baik laa untuk aku..

thanks for reading this entry!
till then....
XOXO